Date of Award

1-1-2000

Thesis Type

Masters

Document Type

Thesis

Divisions

Faculty of Business and Economics

Department

-

Institution

Universiti Malaya

Abstract

Di dalam mana-mana organisasi, baik organisasi awam atau swasta, penyelidikan lepas telah menemui bahawa golongan pekerja yang kerap mengalami stress dan sering terdedah kepada punca-punca stress ialah golongan pekerja yang bekerja di peringkat bawahan seperti operator pengeluaran di kilang-kilang. Mereka yang berada di posisi ini adalah golongan pekerja yang sentiasa terikat dengan kerja yang memerlukan komitmen dan tumpuan yang menyeluruh. Kesilapan dan kegagalan melakukan kerja dengan baik yang dilakukan oleh operator pengeluaran menyebabkan mereka terpaksa melakukan kerja-kerja tersebut berulang-ulang kali. Oleh yang demikian, mekanisme daya tindak merupakan usaha yang boleh dilakukan oleh individu untuk mengurus atau mengendalikan tuntutan clan masalah yang dihadapi. la merujuk kepada tingkahlaku yang digunakan oleh seseorang untuk mengelakkan diri dari kemudaratan atau ancaman yang disebabkan oleh stress. lni bermakna mekanisme daya tindak adalah cara atau sebarang pola tingkahlaku yang diambil oleh seseorang untuk menangani stress.

Initial

snms

Additional Information

Dissertation (M.A) -- Faculty of Business and Economics, Universiti Malaya, 2000.

Share

COinS