Date of Award
1-1-2001
Thesis Type
undergraduates
Document Type
Thesis
Divisions
fsktm
Department
Faculty of Computer Science & Information Technology
Institution
Universiti Malaya
Abstract
Perkembangan sains komputer dan teknologi maklumat telah merangsang ke arah pembangunan sistem pembelajaran yang bertujuan untuk mempermudahkan proses pengajaran, pembelajaran dan menguji kefahaman pelajar. Projek latihan ilmiah tahap akhir II yang dijalankan ini mengambilkira keberkesanan penyampaian sesuatu maklumat kepada pelajar. Sistem pembelajaran robotik yang dibangunkan menghuraikan domain pengetahuan asas-asas robotik yang menjadi teras dalam mempelajari bidang robotik. Pengunaan ciri-ciri multimedia sebagai alatan pembantu pembelajaran seperti pemilihan warna, gambar dan grafik yang menarik serta simulasi komputer adalah untuk menambahkan kefahaman pelajar tentang domain pengetahuan yang dipersembahkan. Sistem pembelajaran robotik yang dibangunkan ini menekankan ciri-ciri pembelajaran berasaskan kemahiran sains kognitif dimana sistem rnenyediakan pelan J)elllbelajaran kepada pelajar mengikut tahap pencapaian dan kefahaman pelajar. Sistem ini terbahagi kepada tiga bahagian utama iaitu nota-nota, latihan pengukuhan kefahaman dan ujian-ujian. Pencapaian setiap pelajar akan direkodkan dan dipantau secara individu. Pembangunan sistem ini melibatkan empat modul iaitu modul pengetahuan, modul pembelajaran, modul model pelajar dan modul pengantaramuka dengan menggunakan Model Air Terjun dengan Prototaip sebagai modul pembangunannya. Sistem pembelajaran robotik lni diharap dapat menyediakan satu panduan dan rujukan kepada pelajar dalam mempelajari dan mendalami bidang robotik.
Note
Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, Universiti Malaya, 2001.
Recommended Citation
Ahmad Nasir, Che Rosli, "Sistem pembelajaran robotik / Ahmad Nasir Che Rosli" (2001). Student Works (2000-2009). 830.
https://knova.um.edu.my/student_works_2000s/830