Date of Award

1-1-2001

Thesis Type

undergraduates

Document Type

Thesis

Divisions

fsktm

Department

Faculty of Computer Science & Information Technology

Institution

University of Malaya

Abstract

Sistem yang dibangunkan adalah sistem maklumat akademik secara elektronik. Dalam membangunkan Sistem Maklumat Akademik (SMA) beberapa aspek perlu diberi perhatian. Ini kerana ia melibatkan beberapa peringkat kerja seperti pemilihan sistem, merekabentuk, pembangunan , pengujian dan sebagainya. Pada permulaannya, segala maklumat tentang sistem yang sedia ada didapatkan. Ini dengan melakukan pencarian dan penyelidikan melalui internet, sistem yang sedang digunakan, dokumen , pendapat penyelia, dan temuramah dan soal selidik yang dibuat, Kaedah yang betul digunakan bagi memastikan maklumat dapat disalurkan dengan cara yang betul. Melalui model air terjun digunakan kerana ia merupakan satu model yang berisiko rendah apabila membangunkan sistem yang dapat difahami dan menggunakan peralatan yang biasa digunakan. Pemilihan peralatan ini haruslah dikaji dan berdasarkan perkakasan yang baik dan berkeupayaan tinggi dan perisian yang berkualiti serta mampu menangani perubahan persekitaran. Ia juga menjamin tugas dapat dilakukan pada masa yang ditetapkan. Dalam menentukan rekabentuk sistem, beberapa perkara perlu dipertimbangkan seperti rekabentuk antaramuka, skrin, menu dan samada ia memenuhi keperluan pengguna. Kesimpulannya ia dapat menghasilkan satu sistem yang interaktif dan mesra pengguna.

Note

Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2001.

Share

COinS