Date of Award
1-1-2001
Thesis Type
undergraduates
Document Type
Thesis
Divisions
fsktm
Department
Faculty of Computer Science & Information Technology
Institution
University of Malaya
Abstract
Sistem Maklumat Pelajar merupakan satu sistem yang digunakan untuk menyimpan semua maklumat pelajar mahasiswa dan mahasiswi yang berdaftar dari permulaan kemasukan sehingga ke tempoh tamat pengajian di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM). Sistem ini bertujuan memudahkan pentadbir menjalankan kerja pendaftaran dan pengemaskinian maklumat pelajar. Sistem ini juga membantu pensyarah membuat penilaian terhadap seseorang mahasiswa atau mahasiswi dengan membekalkan maklumat lengkap kepada pensyarah berkenaan. Sistem yang dijalankan adalah secara talian terus iaitu hanya pentadbir, pensyarah dan golongan tertentu sahaja dibenarkan memasuki ke dalam pangkalan data melalui antaramuka pengguna. Kerja pengesahan pengguna akan dijalankan untuk memastikan hanya pengguna yang sah sahaja dibenarkan mengguna sistem ini. Salah satu kelemahan sistem ini adalah ia tidak membekalkan fungsi pendaftaran terus kepada pelajar. Ini disebabkan satu kos yang tinggi diperlukan untuk memastikan perkakasan komputer adalah mencukupi supaya kerja pendaftaran terus dapat dilaksanakan berlancar.
Note
Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2001.
Recommended Citation
Ooi, Phaik Im, "Sistem Maklumat Pelajar / Ooi Phaik Im" (2001). Student Works (2000-2009). 774.
https://knova.um.edu.my/student_works_2000s/774