Date of Award

1-1-2001

Thesis Type

undergraduates

Document Type

Thesis

Divisions

fsktm

Department

Faculty of Computer Science & Information Technology

Institution

University of Malaya

Abstract

Cara penyampaian dan penyimpanan maklumat I data adalah berbeza dari masa ke semasa. Jika dahulu maklumat disimpan di dalam fail dan disusun dalam laci atau kabinet dan kebanyakan maklumat yang difailkan ini akhinya akan menjadi usang apabila disimpan terlalu lama dan himpunan maklumat yang banyak juga menjadi masalah kerana kekurangan ruang untuk menyimpan maklumat. Akhinya kebanyakan maklumat ini akan dilupuskan apabila ia tidak diperlukan lagi. Seperti mana yang telah kita ketahui, maklumat merupakan sumber rujukan yang penting dalam kehidupan harian kita. Tiada maklumat yang terlalu usang untuk dibuat rujukan. Oleh itu. teknik penyimpanan dan penyampaian data yang berkesan merupakan keperluan yang penting untuk meningkatkan interaksi maklumat. Untuk menyediakan keperluan kepada kesediaan maklumat ini, satu sistem inventori telah dirancang pembangunannya untuk kemudahan pihak atasan menyelaraskan maklumat-maklumat berkaitan inventori kolej kediaman. Saya telah memilih untuk membuat satu sistem inventori berkomputer bagi Kolej Kediaman Seksyen 17 atau lebih senang disebut sebagai Sistem lnventori 17. Sistem inventori yang akan dibangunkan ini akan mempunyai 7 modul utama yang boleh dicapai oleh pengguna berdaftar.

Note

Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2001/2002.

Share

COinS