Date of Award

1-1-2001

Thesis Type

undergraduates

Document Type

Thesis

Divisions

fsktm

Department

Faculty of Computer Science & Information Technology

Institution

University of Malaya

Abstract

Pakej Nombor & Objek Pintar yang akan dibangunkan ini adalah satu pakej pembelajaran bermultimedia yang berasaskan web di mana ia direka khususnya untuk kegunaan pelajar prasekolah atau tadika. Fokus utama pakej Nombor & Objek Pintar adalah untuk membantu kanak-kanak mengenal dan mempelajari nombor-nombor dengan menggunakan bantuan gambarajah objek-objek yang biasa dilihat melalui kemudahan laman web. Pemilihan multimedia sebagai tapak dalam penciptaan Nombor & Objek Pintar adalah amat bersesuaian. Sistem multimedia ini menggunakan kombinasi grafik, teks, audio, animasi dan video dalam memberi maklumat persekitaran. Gabungan ini dapat memberi kesan yang mendalam untuk kanak-kanak serta dapat menarik minat mereka. Secara tidak langsung, ini juga merupakan satu pendedahan awal kepada kanak-kanak terhadap penggunaan komputer dalam sistem pembelajaran sekarang. Untuk mewujudkan persekitaran yang berkonsepkan mesra pengguna (user friendly), pakej Nombor & Objek Pintar dibangunkan dengan menggunakan perisian Macromedia Director. Perisian ini menyediakan pelbagai kemudahan rekabentuk antaramuka pengguna. Diharapkan semoga pakej Nombor & Objek Pintar ini mendapat sambutan dan memenuhi kehendak pengguna khususnya kanak-kanak prasekolah.

Note

Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2001/2002.

Share

COinS