Date of Award
1-1-2001
Thesis Type
Undergraduates
Document Type
Thesis
Divisions
Faculty of Computer Science & Information Technology
Department
-
Institution
Universiti Malaya
Abstract
Perkembangan teknologi serta pakej pembelajaran menggunakan komputer telah menyaksikan pembangunan teknologi komputer yang lebih drastik dan kompetetif. Projek ini dihasilkan akibat daripada peralihan kebanyakan sistem manual kepada secara berkomputer yang menyumbangkan lebih banyak kebaikan dan kemudahan kepada orang ramai. Projek ini merupakan suatu pakej pembelajaran yang berteraskan grafik dan juga beberapa ciri multimedia. Ia adalah khusus untuk pelajar-pelajar dan juga pengajarpengajar di peringkat sekolah menengah tinggi sehingga ke peringkat institut pengajian tinggi. Sistem ini adalah ramah pengguna dan mudah digunakan. Kajian ke atas sistem yang sedia ada amat penting dalam pengumpulan data bagi projek ini. Sistem ini akan dibangunkan dengan menggunakan metodologi prototaip, di mana ia akan memudahkan lagi pembangunan sistem. Sistem ini akan dibangunkan dengan menggunakan Microsoft Visual C++ 6 dan juga bahasa pengaturcaraan C++. Diharapkan apabila terlaksananya sistem ini kelak, ia akan menjadi panduan dan perintis ke arah mewujudkan sistem pembelajaran yang lebih teratur dan mudah untuk digunakan. Diharapkan juga, ia marnpu memberi keselesaan kepada pelajar dan pengajar dengan kewujudan sistem ini yang memudahkan kerja yang perlu dilakukan.
Additional Information
Academic Exercise (Bachelor's Degree) - Faculty of Computer Science & Information Technology, Universiti Malaya, 2001.
Recommended Citation
Muhammad Nazmi, Mat Shaleh, "Sistem Operasi Matriks" (2001). Student Works (2000-2009). 704.
https://knova.um.edu.my/student_works_2000s/704
Creative Commons License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-No Derivative Works 4.0 International License.
Included in
Educational Methods Commons, Educational Technology Commons, Software Engineering Commons
Initial
snms