Date of Award
1-1-2000
Thesis Type
Masters
Document Type
Thesis
Divisions
Academy of Islamic Studies
Department
Department of Aqidah and Islamic Thought
Institution
Universiti Malaya
Abstract
Kajian ini berbentuk laporan dan bertujuan untuk mendapatkan punca utama dan punca-punca lain yang menyokong kepada berlakunya insiden yang tidak diingini di negara ini iaitu insiden agama yang melibatkan pergaduhan antara kaum. Sebagai sebuah masyarakat majmuk, Malaysia perlu memelihara perhubungan kaum supaya aman dan harmoni. Insiden yang berlaku melibatkan dua penganut yang besar di Malaysia iaitu Islam dan Hndu. Bagi tujuan tersebut kajian ini melihat kepada faktor-faktor penyumbang utama insiden ini berdasarkan penemuan yang diperolehi di dalam kajian ini. Kajian ini juga melihat hubungkait satu faktor dengan faktor yang lain yang tidak ditangani di peringkat awal memangkinkan dan memberi kesan yang amat serius kepada inisden ini. Dalam usaha mengenalpasti punca penyumbang utama insiden ini, kajian ini turut menyingkap sejarah. Sejarah utama yang dikaji ialah sejarah dan dasar kebebasan beragama yang diasaskan oleh Allah di dalam al-Quran Kajian ini juga melihat bukti-bukti yang terdapat di dalam al-Sunnah dan amalan para sahabat.
Additional Information
Dissertation (M.A) -- Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 2000.
Recommended Citation
Saripan, Mohd. Ali, "Pembinaan rumah ibadat di Pulau Pinang : satu kajian mengenai insiden agama di Kg. Rawa, Pulau Pinang" (2000). Student Works (2000-2009). 70.
https://knova.um.edu.my/student_works_2000s/70
Creative Commons License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-No Derivative Works 4.0 International License.
Initial
snms