Date of Award
1-1-2001
Thesis Type
Masters
Document Type
Thesis
Divisions
Faculty of Arts and Social Sciences
Department
Department of Media and Communication Studies
Institution
Universiti Malaya
Abstract
Kajian ini cuba menghuraikan secara ilmiah sejarah awal perkembangan penerbitan ensiklopedia di dunia umumnya, dan di Malaysia sejak tahun 1960. Secara khususnya, pengkaji memberi tumpuan kepada penerbitan ensiklopedia DBP. Dalam konteks kerja-kerja pembinaan dan penerbitan ensiklopedia, prosedur kerja yang diberi perhatian dalam kajian ini ialah proses perancangan, perolehan, pemprosesan (editorial), dan penyebaran. Menerbitkan ensiklopedia adalah satu kerja yang rumit dan tidak menguntungkan jika dibandingkan dengan kerja menerbitkan buku lain. lni adalah kerana penerbitannya melibatkan kos yang tinggi, pengawasan perolehan bahan yang teliti, penjadualan yang ketat, dan keperluan pengemaskinian fakta yang terancang. Sebagai sebuah badan penerbit kerajaan, DBP mempunyai sumber-sumber yang diperlukan untuk menjayakan projek-projek ensiklopedia yang penting. Kajian ini adalah berbentuk kualitatif dan pengkaji menggunakan analisis deskriptif terhadap data-data yang terkumpul. Hasil daripada tinjauan dan kajian, pengkaji mendapat maklumat dan gambaran yang jelas tentang sistem pengurusan atau pengendalian projek ensiklopedia yang dilaksanakan oleh DBP sama ada karya asli atau karya terjemahan. Pen_gkaji juga dapat mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak editorial semasa melaksanakan projek. Seterusnya, pengkaji telah mengemukakan cadangan-cadangan untuk mengatasi masalah atau kelemahan yang ada demi untuk memantapkan sistem pengurusan projek. Kajian ini belum pernah dilakukan oleh mana-mana pengkaji sebelum ini, justeru pengkaji mengambil peluang ini untuk mendedahkan kepada pembaca dan juga pengkaji seterusnya yang berminat dalam melakukan kajian yang sama.
Additional Information
Dissertation (M.A) -- Faculty of Arts and Social Sciences, Universiti Malaya, 2001.
Recommended Citation
Awang, Rosnah, "Penerbitan ensiklopedia : tumpuan kepada penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka" (2001). Student Works (2000-2009). 645.
https://knova.um.edu.my/student_works_2000s/645
Creative Commons License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-No Derivative Works 4.0 International License.
Included in
Business Administration, Management, and Operations Commons, Publishing Commons, Scholarly Publishing Commons
Initial
snms