Date of Award
1-1-2001
Thesis Type
Masters
Document Type
Thesis
Divisions
Faculty of Business and Economics
Department
-
Institution
Universiti Malaya
Abstract
Kajian ini adalah berkenaan dengan perdagangan elektronik yang lebih dikenali sebagai e-dagang. Perdagangan ini telah diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia pada awal tahun 90-an. Kajian ini akan menumpukan kepada tahap kesedaran dan potensi masa depan e-dagang di Malaysia. Kajian ini dijalankan ke atas sampel yang terpilih di sekitar Kuala Lumpur. Kajian bertujuan untuk melihat tahap kesedaran dan pemahaman rakyat amnya mengenai pelaksanaan e-dagang di Malaysia. Perdagangan elektronik berlaku melalui talian elektronik yang melibatkan urusan berkait dengan pengiklanan, pesanan, penjualan dan semua aktiviti pembelian serta termasuk juga penghantaran bagi perkhidmatan atau produk yang memungkinkan dihantar melalui media elektronik. Organisasi perniagaan memerlukan polisi dan strategi dalam memasuki bidang urusniaga ini bagi menakluki pelanggan, sementara pelanggan pula mempunyai banyak pilihan untuk membuat keputusan dalam mendapatkan barangan dan perkhidmatan. Persekitaran dan perkembangan e-dagang merupakan bahawa ianya akan berkembang dan dianggarkan akan menjadi satu trend dan diterima oleh masyarakat di dunia termasuk di Malaysia. Dengan itu, semua pihak yang terlibat harus bersedia untuk menghadapi ledakan e-dagang dalam masa terdekat. Penerimaan pada peringkat permulaan mungkin agak lembab dan kurang sambutan mcngenai berpunca kepercayaan dari segi keselamatan, sukar untuk berubah dengan tabiat pembelian dan tradisional, masih merasa kepuasan urusnjaga tawar-menawar dan juga masih ramai yang bersikap 'buta dan takut komputer. Keadaan ini sama juga semasa mesin teller automatik (ATM) mula diperkenalkan yang kur. ang mendapal sttmbutan dan hanya digunakan oleh golongan elit sahaja ketika itu kini penggunannya begitu meluas sekali. Perkara yang sama juga dijangka ak:an berlaku ke atu e-dagang. Untuk itu, kajian ini mengambil seramai 100 orang responden yang terdiri daripada pelbagai jantina, peringkat umur, bangsa, taraf perkahwinan, kelayakan akedemik dan pengalaman menghadiri kursus berkaitan e-dagang untuk menHai tabap pemahaman e-dagang mereka. Hasilnya, didapati tahap kesedaran dnn pemahaman, edagang masih berada pada peringkat sederhana.
Additional Information
Dissertation (M.A) -- Faculty of Business and Economics, Universiti Malaya, 2002.
Recommended Citation
Subramaniam, Navarajan, "Perkembangan perdagangan elektronik di Malaysia" (2001). Student Works (2000-2009). 608.
https://knova.um.edu.my/student_works_2000s/608
Creative Commons License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-No Derivative Works 4.0 International License.
Included in
Business Administration, Management, and Operations Commons, E-Commerce Commons, Marketing Commons
Initial
snms