Date of Award
1-1-2001
Thesis Type
Masters
Document Type
Thesis
Divisions
Faculty of Business and Economics
Department
-
Institution
Universiti Malaya
Abstract
Ekonomi dunia masa kini telah memperlihatkan pelbagai perkembangan yang menarik. Era ledakan teknologi maklumat liberalisasi dan globalisasi serta K ekonomi memberikan cabaran baru kepada sektor pemiagaan dan industri. Jelas transfonnasi dan perubahan struktur ekonomi tersebut menjadikan tekanan persaingan pemiagaan tennasuk sektor industri bertambah sengit. Hanya industri yang mempunyai daya saing yang kukuh mampu bertahan. Bagaimanapun, sektor perkilangan terutarnanya sektor industri kecil dan sederhana (IKS) di Malaysia terus dilingkari oleh masalah tradisi yang seolah-olah tiada penghujung. Masalah kewangan, penggunaan teknologi yang minimum dengan kualiti keluaran yang rendah sentiasa menjadi isu utama yang menjcjaskan perkembangan sektor tersebut. Justeru, kemampuan IKS dalam mengharungi cabaran per,aingan global ini mencetuskan kebimbangan banyak pihak. Kajian ini cuba meninjau tahap penggunaan teknologi, pengurusan kualiti, R&D dan inovasi, e-Dagang dan teknologi maklumat serta pembangunan sumber rnanusia dalam IKS. Menurut Porter (1985) perkara yang tersebut di atas merupakan faktor yang boleh meningkatkan nilai ditambah dan produktiviti yang seterusnya mengukuhkan daya saing sektor industri. Kajian ini mendapati tahllp penggunaan faktor-faktor tersebut masih bcrada pada tahap yang rendah dan kurang memuaskan. Sekiranya keadaan itu berterusan tanpa disusuli oleh langkah pembaikan yang berkesan maka tidak mustahil sektor IKS yang selama ini merupakan sebahagian besar sektor perindustrian musnah dan hilang daya saing. Seterusnya ia akan memberikan kesan besar terhadap ekonomi negara secara keseluruhannya.
Additional Information
Dissertation (M.A) -- Faculty of Business and Economics, Universiti Malaya, 2001.
Recommended Citation
Abdullah, Abdul Jabbar, "Industri kecil dan sederhana Malaysia dalam ekonomi global" (2001). Student Works (2000-2009). 571.
https://knova.um.edu.my/student_works_2000s/571
Creative Commons License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-No Derivative Works 4.0 International License.
Included in
Entrepreneurial and Small Business Operations Commons, Strategic Management Policy Commons, Technology and Innovation Commons
Initial
snms