Date of Award

1-1-2001

Thesis Type

Masters

Document Type

Thesis

Divisions

Institute for Advanced Studies

Department

-

Institution

Universiti Malaya

Abstract

Perpuakan memang satu fenomena yang berlaku dalam mana-mana pertubuhan manusia. Masalah perpuakan dalam parti politik adalah lebih rumit berbanding dengan perpuakan di dalam pertubuhan biasa, kerana ia bukan sahaja berhubung dengan perbezaan ideologi dan dasar politik, tetapi ia juga berkaitan dengan pengagihan naungan dan perebutan kuasa yang akan mempengaruhi masyarakat secara umum, khususnya jika ia berlaku dalam parti politik yang paling dominan dalam pemerintahan seperti UMNO. Dari segi perkembangan bibit-bibit perpuakan di dalam UMNO, perselisihan di antara puak yang bcrlainan sebelum perlaksanaan DEB selalunya berkisar pada perbezaan pendirian terhadap perlaksanaan dasar bahasa, budaya dan ekonomi oleh kerajaan Perikatan di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman. Waiau bagaimanapun, setelah DEB berjaya menghasilkan golongan kelas peniaga dan kelas mencngah dalam masyarakat Melayu yang kemudian menjadi tunggak kcahlian UMNO, turnpuan ahli UMNO pun bcrubah daripada pcrjuangan untuk bangsa kepada perjuangan untuk memelihara kerjaya dan kekayaan diri melalui pcrebutan jawatan tinggi yang berkuasa untuk mengagihkan sumber ekonomi negara mcnerusi kerajaan. Rasional saya untuk mengkaji pcrpuakan dalam UMNO ialah kernna saya mendapati perubahan dari segi perpuakan dalam UMNO akan menentukan arah perlaksanaan dasar dan arah pentadbiran kerajaan. Kajian ini akan membolehkan kita untuk memahami politik aliran utama Malaysia dengan lebih lanjut. Selain itu, tujuan saya untuk menumpu kajian kepada perpuakan UMNO dalam era pemerintahan Mahathir adalah kerana beliau merupakan Perdana Menteri dan Presiden UMNO yang paling lama dalam sejarah Malaysia. Dalam tempoh kepcmimpinan beliau, masyarakat Malaysia amnya dan masyarakat Melayu khasnya telah mengalami perubahan struktur yang diakibatkan oleh pembangunan ekonomi yang paling pesat. Selain itu, banyak pergolakan politik telah berlaku dalam arena politik kebangsaan dan juga dalam UMNO sendiri. Perpuakan dalam parti itu bukan sahaja telah mengakibatkan UMNO dibubarkan oleh Mahkamah pada tahun 1987 malah menjurus ke arah pemecatan orang nombor dua dalam UMNO pada tahun 1998. la juga telah menyumbang kepada pembentukan barisan pembangkang selcpas kedua-dua krisis itu berlaku, iaitu Gagasan Rakyat dan Angkatan Perpaduan Ummah selepas krisis pertama dan Barisan Alternatif (BA) selepas krisis kedua. Walau bagaimanapun, Mahathir berjaya mengatasi kesemua cabaran tersebut dan mengawal UMNO serta pentadbiran negara dengan kuasa dan cengkaman yang lebih kuat.

Initial

snms

Additional Information

Dissertation (M.A) -- Institute for Advanced Studies, Universiti Malaya, 2001.

Share

COinS