Date of Award

1-1-2001

Thesis Type

Masters

Document Type

Thesis

Divisions

Faculty of Arts and Social Sciences

Department

Department of History

Institution

Universiti Malaya

Abstract

Disertasi yang bertajuk "Perdagangan dan Dasar British Terhadap Candu Di Selangor Sejak Penghujung Abad Ke-19" merupakan satu penulisan yang akan memberi satu gambaran menyeluruh perjalanan perdagangan candu di Selangor. Ia turut menyelitkan perubahan dalam bentu.k penggunaan candu, perkembangan perjalanan perdagangan candu yang amat bergantung kepada pendirian clan kehendak British, isu-isu penting yang berkaitan dengan candu serta kepentingannya kepada negeri Selangor. Perjalanan perdagangan candu di Tanah Melayu khususnya di negeri-negeri pengeluar bijih timah seperti Perak dan Selangor merupakan satu aspek yang penting dalam sejarah ekonomi Malaysia. Malangnya, dalam pensejarahan Malaysia yang kurang memberatkan kepada sejarah ekonomi setakat ini lebih cenderung memberikan perhatian kepada perkembangan sektor-sektor ekonomi seperti perlombongan bijih timah dan perladangan. Sebaliknya aspek yang menyumbangkan kepada kejayaan sektor-sektor ini iaitu peranan yang d.imainkan oleh perdagangan candu menerusi sistem pajakan basil hampir diabaikan. Dengan ini, salah satu objektif disertasi ini adalah untuk mengisi kekosongan yang telah diabaikan oleh kebanyakan penulisan sejarah ekonomi khususnya di Selangor. Satu perkara yang menarik tentang peranan perdagangan candu yang dijalankan menerusi sistem pajakan basil iaitu dalam bentuk opium farm dan coast chandu farm sebenarnya mempunyai kepentingan dalam pengkajian sejarah selain daripada berfungsi sebagai satu mekanisme perdagangan dan pemiagaan candu. Dari satu sudut. ia berfungsi sebagai penjana kepada perkembangan ekonomi negeri, baik dari segi kutipan duti yang dikenakan, pengeluaran lesen perdagangan candu dan sumbangannya dalam pelbagai scktor ekonomi khususnya dalam industri perlombongan bijih timah. Di sudut yang lain pula, ia boleh dilihat sebagai satu bentuk kompromi di antara pihak kerajaan dengan pemodal dan ketua-ketua kongsi gelap Cina di dalam negeri yang mengawal m.ajoriti masyarakat Cina. Selain daripada itu perdagangan candu turut memberikan sumbangan dalam industri­industri baru di Tanah Melayu seperti bank, insurans, perkapalan dan sebagainya yang botch dianggap sebagai teras dalam struktur ekonomi pada abad ini. Satu lagi aspek yang akan diketengahkan dalam disertasi ini adalah dari segi dasar British itu sendiri yang bertanggungiawab dalam menentukan haluan perjalanan perdagangan candu dan sejarah Malaysia sendiri. Kepentingan sebenar candu pada peringk.at awal yang terhad untuk bidang perubatan telah berubah menjadi satu komoditi British yang terpenting dalam perdagangannya dengan China clan seterusnya menjadi salah satu bahan untuk mengeksploitasi tenaga buruh di Tanah Melayu. Di samping itu. perdagangan candu turut digunakan sebagai satu alat untuk menggalakkan kemasukan pemodal-pemodal Cina ke Selangor dan juga untuk memaksa mereka meninggalkan sektor ekonomi yang diceburi mereka kemudiannya. Ini bermakna perdagangan candu telah digunakan oleh British sebagai alat yang akan menentukan struktur ekonomi yang diingininya. Yang paling menyedihkan di sini adalah kesan daripada perdagangan candu ke atas masyarakat di Tanah Melayu tennasuk Selangor yang telah menghasilkan sejumlah besar pengguna candu yang mendatangkan pelbagai masalah sosial dalam masyarakat. Ini membawa kepada satu persoalan yang turut dikupas dalam penulisan ini iaitu sebab pihak British yang masih meneruskan perdagangan ini meskipun ia sentiasa mendapat kritikan dari segi moral. Di sini dapat dilihat bahawa pihak pentadbir British sememangnya amat mementingkan keuntungan ekonomi yang boleh dikaut dari kawasan ini berbanding dengan kebajikan masyarakat yang berada di bawah kekuasaannya. Akhir kata, isu perdagangan candu ini sebenarnya merupakan satu aspek yang penting dalarn sejarah Malaysia dan peranannya harus diambilkira dalam penulisan sejarah ncgara ini. Walaupun ia turut membuka jalan kepada perbincangan dalam aspek sosial dan politik, namun perhatian yang diberikan oleh disertasi ini adalah lebih diberatkan pada sudut peranan ekonomi candu dan juga sikap British terhadap isu ini.

Initial

snms

Additional Information

Dissertation (M.A) -- Faculty of Arts and Social Sciences, Universiti Malaya, 2001.

Share

COinS