Date of Award

1-1-2001

Thesis Type

Masters

Document Type

Thesis

Divisions

Faculty of Arts and Social Sciences

Department

Department of History

Institution

Universiti Malaya

Abstract

Disertasi bertajuk, "Kepimpinan Tun Dr.Lim Chong Eu di Pulau Pinang Sehingga 1974" bertujuan memberikan satu gambaran kepada perjalanan kerjaya politik Tun Dr. Lim Chong Eu (LCE) di negeri kelahirannya iaitu Pulau Pinang. Pada umumnya, karier politik beliau arnat menarik kerana LCE telah melibatkan diri dalam beberapa parti politik seperti Parti Radikal, MCA, United Democratic Party dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia. Peranan LCE dalam parti-parti politik ini memaparkan beberapa ciri kepimpinan yang jelas iaitu beliau memberi keutamaan kepada menyatukan semua kaum dalam sebuah parti politik dan mengamalkan kaedah politik yang sederhana dalam mencapai cita-cita politiknya serta sentiasa menekankan kebajikan masyarakat dalam perjuangan politik beliau. Kesemua ini menjadi pegangan LCE semasa bergiat dalam parti-parti politik itu. Kemuncak kerjaya politik LCE ialah apabila beliau dilantik sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang selepas GERAKAN pimpinannya memperolehi kemenangan 16 kerusi Dewan Perundangan Negeri daripada 24 kerusi yang dipertandingkan di negeri tersebut. Semasa LCE memimpin Pulau Pinang, beliau mengambil beberapa langkah untuk memajukan negeri tersebut. Dari segi politik, beliau mengadakan kerajaan campuran bagi mengeratkan lagi hubungan antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat, menyusun semula sistem pentadbiran Kerajaan Negeri dan giat mengadakan hubungan diplomatik dengan negara-negara luar. Manakala, dalam bidang sosial, LCE memberikan penekanan kepada meningkatkan taraf dan kualiti kehidupan masyarakat Pulau Pinang. Antaranya, menjaga kesihatan dan kebersihan negeri itu, mendirikan Kompleks Tun Abdul Razak bagi meningkatkan keselesaan hidup penduduk negeri dan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan dengan penubuhan Pusat Latihan Bandaraya serta mengadakan perpaduan masyarakat antara penduduk Pulau Pinang dan tanah besar dengan menggalakkan penggunaan Bahasa Malaysia dan pembinaan Jambatan Pulau Pinang. Keseluruhannya, disertasi ini bermotifkan mengkaji dan menganalisa tindakan-tindakan politik LCE sebagai seorangpemimpin dan pentadbir politik.

Initial

snms

Additional Information

Dissertation (M.A) -- Faculty of Arts and Social Sciences, Universiti Malaya, 2001.

Share

COinS