Date of Award
1-1-2000
Thesis Type
Undergraduates
Document Type
Thesis
Divisions
Faculty of Computer Science & Information Technology
Department
-
Institution
Universiti Malaya
Abstract
Projek Ilmiah Tahap Akhir II, iaitu WXES 3182 adalah suatu latihan akademik di dalam penyelidikan, rekabentuk, pembangunan dan komunikasi yang melibatkan prinsip-prinsip sains komputer. Projek WXES 3182 ini merupakan kursus pelengkap bagi pelajar-pelajar tahun akhir untuk mendapatkan penganugerahan Sarjana Muda Sains Komputer. Projek WXES 3182 ini adalah kesinabungan daripada projek WXES 3181 Kajian penyehdikan yang telah dijalankan adalah berkaitan dengan konsep sistem nombor reja dan litar aritmetik reja. Laporan latihan ilmiah tahap akhir II ini, merangkumi pembangunan projek WXES 3181 dan WXES 3182. laporan ini terdiri daripada lapan bahagian dan diantaranya ialah pengenalan kepada projek, kajian literasi, metodologi yang digunakan dan rekabentuk litar Setiap daripada bahagian-bahagian tersebut mengandungi huraian yang lebih terperinci berkenaan konsep sistem nombor reja dan litar aritmetik reja. Ini termasuklah beberapa huraian pengkodan VHDL yang mewakili sebahagian daripada komponen-komponen yang terdapat dida.lam litar aritmetik reja Selain itu juga, terdapat beberapa rajah simulasi yang telah berjaya dilakukan bagi menyokong penyelidikan yang telah dijalankan. Kajian penyelidikan litar aritmetik reja ini juga telah dihurai didalam bentuk jurnal, iaitu salah satu daripada keperluan di dalam pembangunan projek WXES 3182 ini. Hasil daripada kajian penyelidikan yang telah dijalankan, diharap dapat meningkatkan pemahaman kita tentang teknologi dan sains komputer.
Additional Information
Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, Universiti Malaya, 2000/2001.
Recommended Citation
Leorna Shazerine, Abd. Mutalib, "Litar aritmetik reja" (2000). Student Works (2000-2009). 363.
https://knova.um.edu.my/student_works_2000s/363
Creative Commons License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-No Derivative Works 4.0 International License.
Included in
Digital Circuits Commons, Programming Languages and Compilers Commons, VLSI and Circuits, Embedded and Hardware Systems Commons
Initial
snms