Date of Award
1-1-2000
Thesis Type
Undergraduates
Document Type
Thesis
Divisions
Faculty of Computer Science & Information Technology
Department
-
Institution
Universiti Malaya
Abstract
Sistem Pakar Bermultimedia untuk domain pengenalpastian serangga ,Insect Identification Expert System,(IIES ) merupakan sistem pakar untuk membantu proses pengenalpastian pangkat serangga dalam Hierarki Linnean. Sistem ini menggunakan pendekatan berorientasikan objek di mana konsep kelas dan objek akan digunakan untuk merekodkan pengetahuan ke bentuk yang akan difahami oleh sistem pakar. Strategi inferens yang digunakan ialah teknik rantaian ke hadapan di mana sistem pakar akan menghasilkan konklusi berdasarkan data-data yang diberi. Sistem pakar mempunyai ciri-ciri multimedia untuk membantu memberi panduan bagi pengguna untuk mengenal pasti ciri-ciri kunci serangga dan memberi penjelasan tentang domain di samping memberi pendekatan yang berlainan dari sistem pakar tradisional dari segi masukan data dan juga persembahan keputusan. IIES dibangunkan dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan Visual Basic dan ia mempunyai 3 modul iaitu modul pengenalpastian,modul kamus dan modul rujukan. Sistem ini menggunakan 2 jenis antaramuka iaitu antaramuka pengguna bergrafik dan antaramuka watak interaktif.
Additional Information
Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, Universiti Malaya, 2000/2001.
Recommended Citation
Aizul Hussin, Osman, "Sistem pakar bermultimedia untuk pengenalpastian serangga" (2000). Student Works (2000-2009). 336.
https://knova.um.edu.my/student_works_2000s/336
Creative Commons License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-No Derivative Works 4.0 International License.
Included in
Artificial Intelligence and Robotics Commons, Entomology Commons, Software Engineering Commons
Initial
snms