Date of Award
1-1-2009
Thesis Type
masters
Document Type
Thesis (Restricted Access)
Divisions
FacultyofBusinessandAccountancy
Department
Faculty of Business and Accountancy
Institution
University of Malaya
Abstract
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merupakan sebuah organisasi yang unik jika dibandingkan dengan organisasi/badan-badan beruniform yang lain kerana diwujudkan untuk waktu peperangan (war time organisation) dan di tempatkan di lokasi-lokasi yang strategik di seluruh pelusuk negara dari Perlis hinggalah ke Sabah. Kedudukan penempatan yang strategik ini memerlukan perancangan yang teliti dan efisen bagi menentukan semua anggota dapat diaturgerakkan dengan cepat dan pantas. Tujuan utama kajian ini adalah untuk menganalisa tahap kualiti perkhidmatan pasukan pengendali pergerakan cartar udara ATM sama ada menepati kepuasan kepada anggota. Kajian ini juga untuk mengenalpasti kepuasan anggota yang menerima perkhidmatan ini. Oleh itu, isu yang menjadi persoalan yang perlu di jawab dalam kajian ini: Apakah dimensi kualiti perkhidmatan yang menjadi penentu utama yang membawa kepada kepuasan sebagaimana yang diterima oleh anggota. Kajian ini amat bernilai kepada Tentera Darat kerana menganalisa pemasalahan sedia ada yang seringkali menimbulkan banyak rungutan dikalangan anggota terhadap perkhidmatan yang diberikan. Ia boleh memberi impak yang cukup berkesan. Oleh itu, kajian selanjutnya perlu dijalankan dan penumpuan diberi kepada faktor-faktor baru yang mungkin muncul daripada perspektif yang berbeza.
Note
Dissertation (M.A.) – Faculty of Business and Accountancy, University of Malaya, 2009
Recommended Citation
Mah Hasan, Mat, "Faktor penentu kepada kepuasan anggota terhadap kualiti perkhidmatan pasukan pengendali pergerakan cartar udara
Angkatan Tentera Malaysia / Mah Hasan Mat" (2009). Student Works (2000-2009). 2977.
https://knova.um.edu.my/student_works_2000s/2977