Date of Award

1-1-2009

Thesis Type

masters

Document Type

Thesis

Divisions

3

Department

Dept of Aqidah & Islamic Thought

Institution

University of Malaya

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perkaitan antara solat dan nilai-nilai spiritual dengan gelisah dalam kalangan remaja Islam di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI), Selangor. Kajian ini menggunakan penyelidikan berbentuk kajian kepustakaan serta kajian lapangan. Instrumen kajian iaitu soal selidik yang digunakan telah diubahsuai berdasarkan kepada keperluan kajian ini. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan Perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 15.0. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara solat, nilai-nilai spiritual dengan penyakit gelisah di kalangan remaja Muslim. Walau bagaimanapun tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tempat tinggal responden, pendapatan ibu bapa responden dan pendidikan awal agama responden dengan masalah gelisah remaja. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tahap kefahaman remaja Islam di SBPI, Selangor terhadap solat, nilai-nilai spiritual serta hubungan kedua-duanya dengan masalah gelisah adalah berada pada tahap yang tinggi. Ini menunjukkan responden jelas memahami bahawa solat dan nilai-nilai spiritual mampu menangani masalah gelisah di kalangan remaja ini.

Note

Dissertation (M.Usuluddin) -- Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2010

Share

COinS