Date of Award
1-1-2009
Thesis Type
masters
Document Type
Thesis
Divisions
11
Department
Dept of Syariah & Management
Institution
University of Malaya
Abstract
Masjid merupakan institusi penting sebagai pusat perkembangan masyarakat Islam sehingga terbentuknya sebuah tamadun yang agung. Namun, peranan penting institusi masjid dewasa ini bagaimanapun menjadi persoalan dan mengundang kritikan dari pegawai-pegawai di institusi Islam dan di kalangan masyarakat Islam pada umumnya. Hal ini disebabkan oleh kegagalan institusi masjid untuk berfungsi sepenuhnya, akibatnya berlaku proses perwakilan autoriti yang kurang berkesan untuk merancang program pengimarahan masjid. Oleh itu, penyelidikan ini dilakukan untuk mencari penyelesaian bagi masalah yang timbul. Dalam hal ini, kesemua masjid di Bahagian Sri Aman dipilih dan kajian empirikal berkenaan subjek penyelidikan secara umumnya meliputi konsep perwakilan autoriti dan secara khususnya merangkumi perancangan program untuk mengimarahkan masjid-masjid. Terdapat dua kaedah yang sering digunakan dalam penyelidikan ini iaitu kajian perpustakaan dan kajian lapangan. Kedua-dua kaedah tersebut melibatkan kaedah dokumentasi terhadap institusi masjid dan sejarah Bahagian Sri Aman serta konsep perwakilan dan proses perancangan, manakala kaedah yang kedua pula, melibatkan kaedah temubual terhadap pegawai-pegawai tertentu serta kaedah pemerhatian terhadap peranan Pejabat Agama Islam Bahagian Sri Aman dan juga terhadap perwakilan autoriti serta pelaksanaan perancangan di masjid yang terpilih. Secara ringkasnya, analisis mendapati bahawa konsep dan pelaksanaan perwakilan autoriti secara jelas disalahfahami sehingga mengakibatkan berlakunya perancangan yang tidak teratur. Kebanyakan aktiviti yang dirancangkan hanya terhad kepada pengulangan sambutan hari kebesaran Islam dan program keagamaan yang tidak mempunyai daya tarikan. Penyelidikan ini diharap dapat memberi penjelasan tentang bagaimana untuk merancang program pengimarahan masjid yang berkesan dan untuk membentuk kefahaman yang mantap terhadap kepentingan konsep perwakilan khususnya dalam bidang perancangan.
Note
Dissertation (M.Syariah) -- Jabatan Syariah dan Pengurusan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2010
Recommended Citation
Bujang, Saimi, "Perwakilan autoriti dalam proses perancangan : kajian di institusi masjid Bahagian Sri Aman / Saimi bin Bujang" (2009). Student Works (2000-2009). 2962.
https://knova.um.edu.my/student_works_2000s/2962
5279-Bab_3.pdf (172 kB)
5279-Bab_4.pdf (171 kB)
5279-Bab_5.pdf (65 kB)
5279-Bab_Muqaddimah.pdf (90 kB)
5279-Bibliografi.pdf (48 kB)
5279-Lampiran_3.2.pdf (486 kB)
5279-Lampiran_Bab_1.pdf (43 kB)
5279-Lampiran_Bab_3.pdf (709 kB)
5279-Lampiran_Bab_4.pdf (177 kB)