Date of Award
1-1-2009
Thesis Type
masters
Document Type
Thesis
Divisions
5
Department
Dept of Fiqh & Usul
Institution
University of Malaya
Abstract
Disertasi ini bertajuk: “Kaedah Pembahagian Harta Pusaka Adat Daerah Tiga Luhah Tanah Sekudung Siulak Ditinjau Dari Perspektif Hukum Islam.” Kajian ini adalah mengenai kaedah pembahagian harta pusaka adat yang diamalkan oleh masyarakat Islam di daerah Tiga Luhah Tanah Sekudung Siulak, Kabupaten Kerinci, Propinsi Jambi di Indonesia. Ia menyentuh masalah yang berkaitan dengan harta pusaka adat, asal usul harta pusaka, proses pembahagian harta pusaka, halangan-halangan untuk mendapat harta pusaka, para ahli waris dan jenis-jenis harta pusaka. Persoalan tersebut dikaji untuk dibuat perbandingan dengan peruntukan hukum Syarak. Pengumpulan data dalam kajian ini dilakukan menerusi kajian perpustakaan dan kajian lapangan. Kajian lapangan dilakukan dengan cara temubual dan pemerhatian, untuk mendapatkan maklumat tentang kaedah pembahagian harta pusaka adat yang diamalkan oleh masyarakat Tiga Luhah Tanah Sekudung Siulak. Manakala analisis data dibuat menerusi kaedah kualitatif dan kaedah perbandingan dengan berpandukan kepada landasan teori dan objektif kajian yang ada. Hasil daripada kajian ini penulis dapati bahawa kaedah pembahagian harta pusaka adat yang diamalkan oleh masyarakat dalam wilayah hukum adat Tiga Luhah Tanah Sekudung Siulak Kabupaten Kerinci mengandungi unsur khurafat di samping bercanggah dengan hukum Syarak dan perlu segera diperbetulkan.
Note
Dissertation (M.Syariah) -- Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2010
Recommended Citation
Idin, Siarman Muhammad, "Kaedah pembahagian harta pusaka adat Tiga Luhah Tanah Sekudung Siulak ditinjau dari perspektif hukum Islam / Siarman Muhammad Idin" (2009). Student Works (2000-2009). 2961.
https://knova.um.edu.my/student_works_2000s/2961