Date of Award
1-1-2009
Thesis Type
masters
Document Type
Thesis
Divisions
4
Department
Dept of Dakwah & Human Development
Institution
University of Malaya
Abstract
Disertasi ini merupakan satu kajian terhadap Dayah Mudi Mesra di Aceh sebagai sebuah institusi agama Islam yang memberikan pengajaran dan kefahaman kepada masyarakat mengenai nilai-nilai agama Islam. Objektif utama daripada kajian ini ialah untuk membahaskan metodologi dakwah yang dilakukan oleh Dayah Mudi Mesra di Aceh, mencakupi da‘wah bi al-hal dan da‘wah bi al-lisan dalam pelbagai aktiviti. Dalam kaitan ini, Dayah Mudi Mesra ditinjau tidak hanya dari kemawjudannya sebagai institusi pendidikan agama Islam sahaja, tetapi secara lebih meluas lagi ia ditinjau pula dari sisi peranan dan fungsi luarannya, yang mencakupi kegiatan sosio-ekonomi dan kesannya terhadap masyarakat tempatan dalam menghadapi pelbagai cabaran dunia moden semasa serta pandangan masyarakat terhadap dayah tersebut. Untuk mengetahui metodologi dakwah dayah tersebut, dalam penyelesaian masalah penulis menggunakan metode kajian perpustakaan dan kajian lapangan. Sedangkan untuk tujuan analisis pula penulis menggunakan tiga metode kualitatif, deduktif dan komperatif. Daripada kajian yang sudah dilakukan diperolehi hasil, bahawa Dayah Mudi Mesra pada hakikatnya dengan mengamalkan dua pendekatan dakwah, iaitu da‘wah bi al-hal dan da‘wah bi al-lisan telah melaksanakan fungsinya secara sosio- budaya dan sosio-ekonomi. Selain itu, masyarakat memandang positif terhadap kedua-dua pendekatan dakwah yang menunjukkan wujudnya kesan dayah tersebut terhadap masyarakat tempatan.
Note
Dissertation (M.Usuluddin) -- Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2010
Recommended Citation
Yusra, Irhamna, "Dayah mudi mesra Aceh dalam perspektif dakwah / Irhamna Yusra" (2009). Student Works (2000-2009). 2955.
https://knova.um.edu.my/student_works_2000s/2955
5212-BAB_I.pdf (145 kB)
5212-BAB_II.pdf (415 kB)
5212-BAB_III.pdf (398 kB)
5212-BAB_IV.pdf (478 kB)
5212-BAB_V.pdf (50 kB)
5212-BIBLIOGRFI.pdf (148 kB)
5212-ISI_KANDUNGAN.pdf (32 kB)
5212-PENGHARGAAN.pdf (10 kB)
5212-SENARAI_KEPENDEKAN.pdf (28 kB)
5212-SISTEM_TRANSLITERASI_HURUF_ARAB.pdf (67 kB)
5212-TAJUK_DALAM.pdf (9 kB)
5212-TAJUK_LUAR.pdf (9 kB)