Date of Award

1-1-2009

Thesis Type

masters

Document Type

Thesis

Divisions

fac_eng

Department

Dept. of Al-Quran & Al-Hadith

Institution

University of Malaya

Abstract

Kajian ini menyentuh tentang Kaedah Pengajaran Tilawah al-Quran di Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Kajian dikhususkan kepada beberapa aspek iaitu aspek perlaksanaan kursus, kaedah pengajaran, masalah-masalah yang dihadapi oleh tenaga pengajar dan penerimaan pelajar dalam mengikuti kursus ini. Kajian ini juga memperlihatkan bagaimana sebuah institusi pengajian tinggi telah berjaya memartabatkan pengajian Tilawah al-Quran dengan menjadikannya sebagai mata pelajaran wajib bagi setiap pelajar Islam yang menuntut di universiti ini. Kejayaan kursus ini merupakan hasil daripada kombinasi metodologi pengajaran moden yang sistematik serta pengekalan kaedah pengajaran Tilawah al-Quran secara tradisional semenjak zaman Rasulullah s.a.w. iaitu kaedah talaqqi> dan musya>fah}ah. Kajian ini juga memperkenalkan kaedah atau cara bacaan yang disandarkan kepada bacaan Imam Hafs} `an `A dan musya>fah}ah, kaedah hafazan, kaedah penggunaan teks dan kaedah bimbingan dari pihak pensyarah disamping kaedah-kaedah yang lain berpandukan kepada tahap tahap yang ditawarkan yang membolehkan para pelajar di universiti ini dapat mengikutinya dengan baik dan ianya juga dapat melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang serta berkualiti dalam bidang akademik disamping berpengetahuan dan mempunyai kemahiran dalam Tilawah al-Quran.

Note

Dissertation (M.Usuluddin) -- Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2010.

Share

COinS