Author

Ismail Saidah

Date of Award

1-1-2009

Thesis Type

masters

Document Type

Thesis

Divisions

language

Department

Faculty of Languages and Languistics

Institution

Universiti Malaya

Abstract

Kajian mengenai pemilihan bahasa yang melibatkan kumpulan etnik minoriti Bugis di Malaysia masih belum dijalankan. Oleh itu kajian ini adalah untuk melihat pemilihan bahasa di kalangan komuniti Bugis. Pemilihan bahasa yang digunakan oleh komuniti Bugis di Kampung Parit Keroma, Pontian, Johor di tiga domain iaitu rumah, intra-komuniti dan pekerjaan dijadikan fokus utama kajian ini. Selain daripada itu perbandingan pemilihan bahasa juga dibuat terhadap komuniti Bugis yang telah berhijrah ke Kuala Lumpur. Metodologi penyelidikan yang digunakan termasuklah soal-selidik, rakaman, temu-bual dan pemerhatian. Hasil kajian menunjukkan bahawa responden kumpulan umur 70- 89 masih menggunakan bahasa Bugis di domain rumah dan interaksi intra- komuniti, kumpulan umur 50-69 adalah dwi-bahasa dan menggunakan kedua-dua bahasa iaitu Melayu dan Bugis, mengakomodasi dengan interlokuter mereka, kumpulan umur 30-49 menggunakan kedua-dua bahasa tetapi majoriti hanya mengunakan bahasa Melayu di domain rumah dan interaksi intra-komuniti. Sebaliknya majoriti kumpulan umur 13-29 menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa dominan mereka. Bagi semua peringkat umur di domain pekerjaan bahasa dominan yang digunakan ialah bahasa Melayu. Majoriti responden yang tinggal di Kuala Lumpur menggunakan bahasa Melayu di domain rumah, pekerjaan dan interaksi intra-komuniti. Komuniti yang masih tinggal di Kampung Parit Keroma berbanding komuniti di Kuala Lumpur, mereka masih berpeluang berkomunikasi dalam bahasa Bugis kerana majoriti adalah terdiri dari kumpulan etnik yang sama. Sebaliknya, penggunaan bahasa Bugis di kalangan responden yang tinggal di Kuala Lumpur adalah terhad

Note

Dissertation (M.A.) - Faculty of Languages and Linguistics, Universiti Malaya, 2009.

Share

COinS