Author

Hassan Paiz

Date of Award

1-1-2008

Thesis Type

masters

Document Type

Thesis

Divisions

5

Department

Dept of Fiqh & Usul

Institution

Universiti Malaya

Abstract

Pembangunan harta wakaf merupakan satu usaha yang penting dalam memacu pembangunan sosio-ekonomi umat Islam. Kegagalan menguruskan hartanah wakaf dengan sistematik merupakan antara faktor utama ekonomi umat Islam mundur. Segala usaha perlu difikirkan bagi menangani permasalahan ini. Oleh itu, kajian ini akan cuba mengungkai dan membicarakan mengenai isu dan masalah pembangunan tanah wakaf Masjid Kapitan Keling yang terletak di bandaraya Georgetown Pulau Pinang. Tumpuan kajian ini juga tertumpu terhadap masalah yang dihadapi oleh Sahagian Wakaf Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dalam mengurus dan membangunkan hartanah tersebut sama ada masalah tersebut masalah dalaman atau luaran. Selain itu, tumpuan juga diberi terhadap cadangan penyelesaian terhadap setiap masalah yang timbul berdasarkan perspektif fiqh. Dalam penghasilan kajian ini, penulis menggunakan beberapa metodologi bagi mendapatkan data-data secara tepat dan berautoriti. Antaranya ialah metodologi perpustakaan, dokumentasi, observasi dan temubual. Hasilnya, penulis menemui beberapa isu dan masalah yang dihadapi oleh pihak MAINPP seperti masalah kawasan purba bersejarah, pengurusan akaun, undang-undang, kelemahan pengurusan dan pentadbiran, kekurangan dana dan masalah penyewa.

Note

Dissertation (M.A.) – Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 2008.

Share

COinS