Date of Award
1-1-2000
Thesis Type
Masters
Document Type
Thesis
Divisions
Faculty of Business and Economics
Department
-
Institution
Universiti Malaya
Abstract
Bahan tampalan amalgam pergigian yang digunakan oleh doktor pergigian untuk rawatan tampalan gigi mengandungi raksa. Kadar kandungan raksa adalah berbeza-beza dari satu produk ke produk yang lain. Pernbebasan raksa semasa rawatan tampalan boleh berlaku. Wap raksa yang bebas itu berkumpul dan boleh terperangkap di dalam dewan clan bilik surgeri pergigian. Wap raksa ini kemudian boleh memasuki ke dalam badan manusia melalui pernafasan dan berkumpul di dalam darah. Kadar kandungan raksa yang melebihi piawai yang di tetapkan akan rnembahayakan kesihatan. Oleh yang demikian penyelidikan ini dijalankan untuk mengkaji tahap kandungan raksa di dalam darah kakitangan pergigian dan faktor-faktor yang menyebabkan wap raksa terkumpul dan terperangkap di udara dalam dewan dan bilik surgeri pergigian. Hasil daripada penyelidikan ini di dapati tahap kandungan raksa di dalarn darah kakitangan pergigian berada di tahap 325 ppm. Faktor-faktor yang menyebabkan wap raksa terperangkap di dalam udara dewan dan bilik surgeri ialah keadaan dewan dan bilik yang tidak baik, bilik surgeri berhawa dingin tanpa sistem pengaliran udara yang baik dan mencukupi dan kecuaian semasa menjalankan rawatan tampalan amalgam.
Additional Information
Dissertation (M.A) -- Faculty of Business and Economics, Universiti Malaya, 2000.
Recommended Citation
Wan Ibrahim, Wan Mohd Azhar, "Tahap kandungan raksa di dalam darah kakitangan pergigian" (2000). Student Works (2000-2009). 264.
https://knova.um.edu.my/student_works_2000s/264
Creative Commons License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-No Derivative Works 4.0 International License.
Initial
snms