Date of Award
2-1-2004
Thesis Type
undergraduates
Document Type
Thesis
Divisions
fsktm
Department
Faculty of Computer Science & Information Technology
Institution
University of Malaya
Abstract
Objektif utama projek ini adalah untuk membangunkan satu sistem berasaskan pelayan pelanggan (client-server) melalui persekitaran rangkaian setempat dan internet di mana pengguna dapat berhubung antara satu sama lain melalui komunikasi suara. Ia juga merupakan satu alternatif kepada pengguna untuk berkomunikasi selain menggunakan telefon. Sistem ini dibangunkan berdasarkan konsep pelayan-pelanggan three-tier dimana pelanggan (client) berhubung dengan pelanggan yang lain dengan melalui pelayan (server). Di sini pelayan bertindak sebagai medium yang mengawal dan menentukan jenis komunikasi yang akan disambungkan kepada pelanggan. Sistem ini lebih tertumpu kepada komunikasi antara PC ke PC di mana pengguna hanya perlu mendapatkan laluan untuk membuat sebarang sambungan kepada pengguna yang lain melalui rangkaian setempat ataupun internet. Metodologi Model V yang ditambah dengan prototaip digunakan sebagai panduan untuk membangunkan sistem ini. Metodologi ini dipilih kerana ia menitikberatkan kebolehgunaan sistem dan kepuasan pengguna sistem. Projek ini dijalankan sepanjang bulan Jun 2003 hingga Febuari 2004.
Note
Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2003/2004.
Recommended Citation
Mohd. Azmi, Mustafa @ Sulaiman, "Komunikasi Suara Melalui Protokol Internet(VoIP) / Mohd. Azmi Mustafa @ Sulaiman" (2004). Student Works (2000-2009). 2440.
https://knova.um.edu.my/student_works_2000s/2440