Date of Award

1-1-2004

Thesis Type

undergraduates

Document Type

Thesis

Divisions

fsktm

Department

Faculty of Computer Science & Information Technology

Institution

University of Malaya

Abstract

Bola sepak merupakan salah satu sukan yang popular di Malaysia. Ianya juga merupakan antara sukan yang berprestij di dunian dan dalam Piala Dunia 2002, Brazil telah muncul sebagai juara untuk kali yang kelima. Pelbagai usaha telah dilakukan termasuklah informasi terkini melalui akhbar, majalah sukan dan tidak ketinggalan juga penggunaan internet untuk memperkembang lagi sukan ini. Disebabkan itu, Web Application For Malaysia Footbal League ini dibangunkan untuk memberikan kemudahan tambahan kepada peminat-peminat bola sepak Malaysia di samping mendapatkan informasi melalui akhbar dan majalah Laman web ini dibangunkan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar dan perisian seperti Macromedia Dreamweaver MX, ASP.NET sebagai bahasa pengatucaraan dan SQL Server 200 bagi pangkalan data pada platform Microsoft Windows 2000. Laman web ini boleh dilayari dengan menggunakan pelayar Internet Explorer 6.0. Pada laman web ini, pengguna boleh mendapatkan maklumat semasa melalui berita yang sentiasa dikemaskini, jadual perlawanan, keputusan perlawanan, dan juga profil pasukan serta pemain yang bermain di dalam Liga Malaysia. Laman web ini juga akan menyediakan gambar aksi-aksi menarik pemain dan pasukan sepangkang musim perlawanan untuk paparan kepada peminat-peminat bola sepak di Malaysia.

Note

Academic Exercise (Bachelor’s Degree) - Faculty of Computer Science & Information Technology, 2003/2004.

Share

COinS