Date of Award

1-1-2004

Thesis Type

undergraduates

Document Type

Thesis

Divisions

fsktm

Department

Faculty of Computer Science & Information Technology

Institution

University of Malaya

Abstract

Projek ilmiah tahap akhir 2: WXES3182 merupakan kursus wajib bagi pelajar dari FSKTM. Projek ilmiah tahap akhir adalah suatu latihan akademik di dalam penyelidikan, rekabentuk, pembangunan dan komunikasi yang melibatkan prinsip-prinsip sains computer. Kandungan WXES3182 adalah laporan penuh bagi projek yang dibangunkan yang terdiri daripada tinjauan literasi, perancangan, rekabentuk, pembangunan, pengurusan dan pengujian sistem serta perbincangan. Projek yang dijalankan ialah “Pembelajaran berasaskan web bagi mata pelajaran Sains Tingkatan 1” di bawah tajuk Web-based learning for secondary school children di mana projek ini ialah satu pembelajaran berasaskan web yang menggunakan ciri-ciri multimedia bagi menghasilkan Susana pembelajaran yang lebih menarik dan berkesan. Sasaran pengguna ialah pelajar tingkatan 1. Mata pelajaran yang difokuskan adalah Sains KBSM. Sistem ini akan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa pengantar.

Note

Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2004.

Share

COinS