Date of Award
1-1-2004
Thesis Type
undergraduates
Document Type
Thesis
Divisions
fsktm
Department
Faculty of Computer Science & Information Technology
Institution
University of Malaya
Abstract
Pakej pembelajaran Smart English Learning ini adalah satu pakej pembelajaran Bahasa Inggeris yang berasaskan permainan sebagai konsep utama. Kepentingan Bahasa Inggeris di dalam era globalisasi ini tidak dapat dinafikan lagi. Usaha yang bersungguh-sungguh dan konsisten perlu dilakukan bagi memastikan bahasa ini dapat dikuasai dengan baik dalam masyarakat Malaysia terutamanya bagi generasi muda. Ini bagi memastikan negara Malaysia nanti tidak ketinggalan dalam menghadapi cabaran dalam era globalisasi ini kerana Bahasa Inggeris adalah bahasa komunikasi dunia. Terdapat pelbagai alternatif yang boleh digunakan untuk mempelajari Bahasa Inggeris ini. Selaras dengan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi, Pengunaan CD dan komputer merupakan alternatif yang menjadi pilihan sebagai alat bantu mengajar terutama untuk kanak-kanak sekolah rendah. Pengunaan elemen multimedia interaktif dalam pembangunan perisian dan pembelajaran ini adalah untuk menyesuaikan penggunaanya iaitu kanak-kanak antara umur 7- 12 tahun. Ini bagi menjadikan perisian ini lebih menarik dan menyeronokkan untuk dipelajari. Ciri-ciri penting yang seharusnya wujud dalam sebuah perisian pakej permainan sambil belajar ini cuba diterapkan sebaik mungkin seperti antaramuka yang berwarna-warni dan menarik perhatian, kesan bunyi, gambar dan animasi yang sesuai, aktiviti-aktiviti yang sesuai dan menyeronokkan serta sebagainya. Model pembangunan yang digunakan untuk sistem ini ialah Model Air Terjun dan prototaip. Ia juga menggunaka pendekatan Human Computer Interaction (HCI). Perisian ini dibangunkan menggunakan Bahasa Inggeris secara keseluruhannya menggunakan Macromedia Director8.5. Adalah diharapkan kewujudan Smart English Learning ini akan dapat membantu para guru dan ibu-bapa serta mampu menjana celik komputer dikalangan kanak-kanak dalam usia yang masih awal.
Note
Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2003/2004.
Recommended Citation
Rohana, Mohd Suddin, "Smart English learning CD Rom package (SEL) / Rohana Mohd Suddin" (2004). Student Works (2000-2009). 2329.
https://knova.um.edu.my/student_works_2000s/2329