Date of Award

1-1-2004

Thesis Type

undergraduates

Document Type

Thesis

Divisions

fsktm

Department

Faculty of Computer Science & Information Technology

Institution

University of Malaya

Abstract

Sistem maklumat Kolej secara online adalah tajuk yang dipilih bagi projek Latihan Ilmiah Tahap Akhir II ini. Tujuan projek ini dibina adalah untuk memudahkan proses pendaftaran kolej dan juga untuk menguruskan maklumat- maklumat yang berkaitan dengan sesebuah kolej kediaman secara lebih sistematik berbanding sistem yang digunakan sebelum ini. Objektif projek ini pula adalah seperti membina sistem pendaftaran kolej online, membuat penempahan dan permohonan secara online membina antaramuka yang bersifat mesra pengguna dan menyediakan pangkalan data. Sistem ini memberikan capaian maklumat yang berbeza bagi pelajar dan pihak pentadbiran kolej. Projek ini dibina dengan menggunakan perisian Microsoft FrontPage 2000, Microsoft Access 2000 dan menggunakan bahasa pengaturcaraan Active Serve Page (ASP), JavaScript dan Vbscript. Metodologi yang digunakan berasaskan kepada Model Air Terjun dan menggunakan teknik lungsuran internet, pembacaan dan pemerhatian bagi tujuan pengumpulan data. Antara jangkaan yang dapat dibuat daripada sistem yang akan dihasilakan ialah ia dapat memudahkan proses pendaftaran koleh, memudahkan pengurusan maklumat di pejabat kolej dan memudahkan pelajar untuk mencapai maklumat tertentu.

Note

Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2003/2004.

Share

COinS