Date of Award
1-1-2004
Thesis Type
Masters
Document Type
Thesis
Divisions
Faculty of Business and Economics
Department
-
Institution
Universiti Malaya
Abstract
Transformasi ekonomi dari sektor pertanian kepada sektor perlombongan pada pertengahan abad ke-19 menjadi faktor pendorong kemasukan imigran terutamanya dari Cina dan India. Kegiatan ekonomi yang dijalankan tertumpu di kawasan penempatan imigran ini telah menyebabkan wujudnya bandar-bandar besar seperti Taiping, Kuala Lumpur, Johor Baham dan Seremban yang menjadi pusat komersial dan pusat pentadbiran. Perkembangan ekonomi negara yang berlaku di bandar-bandar utama ini membawa kepada proses urbanisasi. Selepas mencapai kemerdekaan, pertumbuhan ekonomi yang pesat dipacu oleh sektor perindustrian, perkilangan dan pembuatan serta pengenalan Dasar Ekonomi Barn (1971 - 1990), telah menyebabkan Malaysia mengalami kekurangan tenaga buruh. Kekurangan tenaga buruh berlaku di sektor pertanian, pembinaan, pembuatan dan juga perkhidmatan domestik yang memerlukan khidmat bantuan buruh asing dari negara-negara jiran terutamanya Indonesia, Thailand dan Filipina. Corak imigrasi yang berlaku di Malaysia sebelum dan selepas merdeka tidak banyak berbeza walaupun dalam keadaan ekonomi negara mengalami kemelesetan. Hal ini disebabkan oleh faktor-faktor geografi dan juga budaya yang menjadikan fenomena migrasi ini, terutama pendatang tanpa izin sukar untuk dikurangkan dan di atasi secara total. Polisi mengenai imigrasi diadakan secara ad-hoc dan kurang berkesan. Walaupun usaha-usaha pemantauan di darat dan perairan negara sering dilakukan namun kekurangan anggota pihak berkuasa serta kemajuan teknologi dan komunikasi yang dianjurkan atas nama integrasi dan globalisasi membatasi keberkesanan polisi yang sedia ada. Isu imigrasi ini menjadi perhatian bukan sahaja dari pihak pemerintah, malah rakyat Malaysia yang juga melahirkan rasa kebimbangan rnereka terhadap peningkatan kadar jenayah, gejala sosial dan terbaru, ancaman pengganas yang boleh mengancam keselamatan negara. Kesatuan sekerja juga turut melahirkan rasa ketidakpuashatian mereka terhadap majikan-majikan yang mengutamakan pekerja asing. Bagi mereka keadaan ini, jika berterusan, akan menyukarkan lagi usaha mereka untuk meningkatkan kadar upah di sektor-sektor tertentu. Dimensi imigrasi yang pelbagai ini; corak, polisi dan kesannya terhadap ekonomi, menjadikan ia penting dan perlu diberi perhatian yang berterusan agar isu ini terkawal dan seterusnya di atasi.
Additional Information
Dissertation (M.A.) -- Faculty of Business and Economics, Universiti Malaya, 2004.
Recommended Citation
Hussin, Mohd Firdaus, "Migrasi buruh antarabangsa di semenanjung Malaysia: Corak, polisi dan implikasi ekonomi" (2004). Student Works (2000-2009). 2201.
https://knova.um.edu.my/student_works_2000s/2201
Creative Commons License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-No Derivative Works 4.0 International License.
Initial
snms