Date of Award

1-1-2000

Thesis Type

Masters

Document Type

Thesis

Divisions

Academy of Malay Studies

Department

-

Institution

Universiti Malaya

Abstract

Tesis ini adalah satu penilaian terhadap penulisan tiga buah buku tatabahasa bahasa Melayu, iaitu Pelita Bahasa Melayu (Penggal Satu), Tatabahasa Dewan, dan Sintaksis-Wacana "Yang" Dalam Bahasa Melayu. Kajian ini bersifat perbincangan dengan menggunakan 'Teori' Atqakum yang berlandaskan konsep-konsep penting dalam Pengajian Melayu yang lebih serasi dengan bawaan dan jati diri bangsa Melayu. Kajian ini cuba menetapkan ciri-ciri yang perlu ada di dalam penulisan sesebuah buku tatabahasa bahasa Melayu yang ber1andaskan ciri-ciri terbaik serta kekuatan yang ada dalam buku-buku tatabahasa tersebut. Kajian ini juga membuat perbandingan pengupayaan 'Teori' Atqakum berdasarkan buku-buku tatabahasa yang dikaji, serta mengemukakan model cadangan bagi penulisan tatabahasa bahasa Melayu, di samping mengemukakan gagasan cadangan penulisan sesebuah buku tatabahasa bahasa Melayu pada alaf baharu ini.

Initial

snms

Additional Information

Dissertation (M.A) -- Academy of Malay Studies, Universiti Malaya, 2001

Share

COinS