Date of Award

1-1-2003

Thesis Type

undergraduates

Document Type

Thesis

Divisions

fsktm

Department

Faculty of Computer Science & Information Technology

Institution

Universiti Malaya

Abstract

Perkembangan dalam bidang sains komputer dan teknologi maklumat semakin hari semakin pesat. Perkembangan tersebut telah menjadikan dunia sedang menuju ke arah revolusi maklumat tanpa sempadan. Namun begitu, perkembangan yang pesat ini tidak akan berlaku tanpa penyelidikan yang dijalankan oleh golongan bijak pandai dalam bidang sains komputer dan teknologi maklumat. Justeru itu, maklumat penyelidikan yang ada sekarang perlu dihebahkan kepada masyarakat supaya mereka tidak ketinggalan dengan teknologi baru yang semakin hari semakin berkembang. Menyedari hakikat ini, telah tercetus satu idea untuk membangunkan satu sistem yang mana membolehkan masyarakat terutama penyelidik, pensyarah dan pelajar mendapat maklumat penyelidikan tersebut. Skop utama sistem ini adalah untuk menghasilkan satu portal penyelidikan dalam bidang sains komputer dan teknologi maklumat yang berasaskan medium elektronik sebagai pendekatan dalam mempromosikan penyelidikan, yang mana dikenali sebagai e-Penyelidikan bagi seluruh universiti awam (IPTA) dan swasta (IPTS) di Malaysia. Bagi universiti luar negara telah dikecilkan skopnya dengan memfokuskan kepada sepuluh universiti terbaik di United Kingdom dalam bidang sains komputer dan teknologi maklumat. Semoga dengan wujudnya portal ini, maka ia akan memberi manfaat yang sewajamya kepada pengguna di dalam perlumbaan untuk mendapatkan maklumat penyelidikan yang tidak tenilai harganya.

Note

Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, Universiti Malaya, 2002/2003.

Share

COinS