Date of Award
1-1-2003
Thesis Type
undergraduates
Document Type
Thesis
Divisions
fsktm
Department
Faculty of Computer Science & Information Technology
Institution
University of Malaya
Abstract
Sistem Pakar Pemilihan Kerjaya (SPPK) merupakan sebuah sistem pakar yang dibangunkan untuk memodelkan kebolehan seseorang pakar dalam menentukan kerjaya yang sesuai untuk pengguna berdasarkan ciri-ciri tertentu dan juga sebagai penasihat kepada pengguna berkenaan dengan kerjaya. Sistem pakar ini berkebolehan dalam memberi penyelesaian, penerangan serta cadangan setelah input dimasukkan oleh pengguna. SPPK dibangunkan dengan menggunakan teknik perwakilan pengetahuan berasaskan perundangan atau syarat dan teknik taakulan rantaian ke hadapan. Komponen utama sistem adalah pangkalan pengetahuan dan enjin inferens di mana pangkalan pengetahuan mengandungi domain pengetahuan yang diperolehi daripada pakar kerjaya manakala enjin inferens bertindak sebagai pemproses pengetahuan. Sistem ini dibangunkan menggunakan perisian Visual Prolog 5.2 dan boleh dilarikan di dalam komputer peribadi yang menggunakan persekitaran Window 9x dan ke atas.
Note
Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2002/2003.
Recommended Citation
Azmeer, Muhtar, "Sistem Pakar Pemilihan Kerjaya (SPPK) / Azmeer Muhtar" (2003). Student Works (2000-2009). 1875.
https://knova.um.edu.my/student_works_2000s/1875