Date of Award
1-1-2003
Thesis Type
undergraduates
Document Type
Thesis
Divisions
fsktm
Department
Faculty of Computer Science & Information Technology
Institution
University of Malaya
Abstract
Sistem Pemarkahan Aktiviti Kumpulan Kecil adalah sebuah sistem bertujuan untuk meningkatkan inovatif dan produktiviti pekerja dalam sesebuah organisasi. Sistem ini di jalankan secara atas talian dimana setiap pekerja akan dibahagikan kepada kumpulan kecil dan menjalankan sebarang aktiviti mengikut kekreatifan ahli kumpulan. Aktiviti atau projek yang telah dijalankan akan didaftarkan secara atas talian untuk dinilai oleh ahli jawatankuasa berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Setiap pekerja akan memperolehi markah berdasarkan projek yang telah dilakukan. Melalui markah yang diperolehi, pekerja boleh menukar produk yang dikehendaki seperti yang terdapat pada katalog sistem secara atas talian. Sistem ini dilaksanakan untuk membolehkan pengurusan aktiviti kumpulan kecil ini dapat dijalankan dengan lebih efisyen dan menggunakan teknologi terkini. Sistem ini sekaligus dapat meningkatkan pengetahuan kemahiran teknologi maklumat dikalangan pekerja. Sistem ini terbahagi kepada empat modul iaitu Pendaftaran Aktiviti Secara Atas Talian, Penilain Projek Aktiviti Kumpulan Kecil Secara Atas Talian, Penebusan Markah Untuk Produk Keinginan Secara Atas Talian dan Penjanaan Laporan. Hasil daripada sistem ini adalah segala urusan dapat dikemaskini secara sistematik dan mudah tanpa menggunakan banyak kos seperti penggunaan kertas.
Note
Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2002/2003.
Recommended Citation
Murniza, Saimin, "Sistem pemarkahan aktiviti kumpulan kecil (SPAKK) / Murniza Saimin" (2003). Student Works (2000-2009). 1790.
https://knova.um.edu.my/student_works_2000s/1790