Author

Sidek Marsoha

Date of Award

1-1-2003

Thesis Type

undergraduates

Document Type

Thesis

Divisions

fsktm

Department

Faculty of Computer Science & Information Technology

Institution

University of Malaya

Abstract

Sistem e-Pesanan Buku (SEPB) merupakan aplikasi berasaskan web yang dibina untuk menyediakan perkhidmatan membuat pesanan buku di mana pensyarah dan pelajar Universiti Malaya (UM) boleh membuat permintaan untuk buku rujukan dan buku bacaan sampingan kepada Pekan Buku Universiti Malaya melalui internet. Sebelum ini, pesanan untuk buku dilakukan secara manual. Untuk memberikan keselesaan dan mengurangkan masalah berkaitan dengan masa, SEPB yang dilaksanakan secara atas talian (online) dapat menyokong perkhidmatan ini, Pembangunan sistem ini juga adalah untuk memasukkan penggunaan teknologi maklumat ke dalam perkhidmatan. SEPB dibahagikan kepada dua modul iaitu modul pengguna dan modul pentadbiran. Modul pengguna menyediakan kemudahan di mana pensyarah dan pelajar akan memasukkan pesanan mereka ke dalam web. Di samping itu, pensyarah dan pelajar juga dapat melihat maklumat tentang buku yang ada di Pekan Buku. Modul pentadbiran pula ialah bahagian yang akan melaksanakan tugas pentadbiran iaitu, mengedit, ,mengemaskini dan memadamkan rekod yang ada didalam pengkalan data. Sistem Pesanan Buku ini diharap dapat memenuhi kehendak pihak-pihak yang terlibat pensyarag, pelajar dan pihak pentadbiran Pekan Buku Universiti Malaya.

Note

Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2002/2003.

Share

COinS