Date of Award
1-1-2003
Thesis Type
undergraduates
Document Type
Thesis
Divisions
fsktm
Department
Faculty of Computer Science & Information Technology
Institution
University of Malaya
Abstract
Sistem Tulisan Jawi telah wujud di Gugusan Kepulauan Melayu sejak Zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, iaitu kira-kira 7 kurun yang lalu, dan masih diguna pakai hingga ke hari ini. Namun, apa amat yang menyedihkan, tinggalan khazanah bangsa Melayu yang unik ini, semakin dilupakan terutamanya oleh golongan muda masa kini. Menyedari hakikat ini, satu tindakan untuk meme1ihara tulisan Jawi dari terus luput ditelan zaman perlu diambil dengan segera. Bertunjangkan semangat cintakan warisan bangsa ini, cadangan untuk membangunkan sistem pembelajaran Jawi secara elektronik bertujuan untuk membantu golongan buta Jawi ini diketengahkan. Pelbagai penyelidikan telah dijalankan untuk mengenal pasti masalah sebenar yang dihadapi oleh golongan tersebut, seterusnya mencari pendekatan yang terbaik bagi menyelesaikan masalah-masalah tersebut. Hasilnya, dengan kefahaman bahawa pendigitalan tulisan Jawi ini· dapat mengangkat semula martabat tulisan Jawi di mata masyarakat Melayu khususnya, Alat Bantu Belajar Jawi atau e-JA (e- Jawi Asas) ini dibangunkan. Adalah diharapkau dengan adanya perisian seumpama ini, masalah atau peratus golongan buta Jawi dapat direndahkan seterusnya dapat rnemastikan tulisan Jawi tidak lapuk ditelan zaman Perisian e-JA ini akan mempunyai dua modul iaitu menulis dan membaca. Laporan dan pembangunan sistem ini hanya berfokus kepada modul menulis sahaja, di mana terdapat 4 sub-modul yang menyokong modul menulis ini. Modul-modul ini telah disusun untuk membantu pemahaman dan pengecaman pengguna terhadap tulisan Jawi.
Note
Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2002/2003.
Recommended Citation
Amrah, Mohd Narawi, "Alat bantu belajar menulis jawi / Amrah Mohd Narawi" (2003). Student Works (2000-2009). 1758.
https://knova.um.edu.my/student_works_2000s/1758