Date of Award
1-1-2003
Thesis Type
undergraduates
Document Type
Thesis
Divisions
fsktm
Department
Faculty of Computer Science & Technology
Institution
University of Malaya
Abstract
Projek Latihan Ilmiah ini merupakan kursus wajib yang perlu diambil oleh semua pelajar Sains Komputer dan Teknologi Maklumat pada tahap akhir. Projek ini adalah suatu latihan akademik didalam penyelidikan, rekabentuk, pembangunan dan komunikasi yang melibatkan prinsip-prinsip Sains Komputer. Satu Pakej Pembelajaran Tiga Bahasa Bermultimedia akan dibangunkan. Pakej ini adalah untuk para pelajar sekolah perpaduan rendah bagi Pembelajaran tiga bahasa utama iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina di Malaysia. Tujuan pembangunan sistem ini adalah untuk menyediakan alternatif kepada para pelajar mempelajari tiga bahasa itu dalam situasi yang menggembirakan dan pada masa yang singkat. Pakej pembelajaran ini dapat memberikan suatu pendekatan baru dalam penyampain pelajaran kepada para pelajar. Ini kerana ia menggunakan elemen-elemen multimedia seperti teks, animasi, bunyi dan grafik serta unsur-unsur3- Dimensi dalam penyampaian sesuatu pelajaran dan maklumat. Ini dapat menimbulkan minat dan mempercepatkan proses pembelajaran di samping merangsang minda pelajar untuk menerima pelajaran dan seterusnya menjadikan proses pembelajaran lebih berkesan. Selain itu, guru-guru juga boleh menggunakan pakej ini sebagai salah satu Alternatif Alat Bantu Mengajar (ABM) dan sumber rujukan mereka. Sebelum sistem ini dibangunkan, kajian telah dibuat terhadap pakej pembelajaran yang wujud dipasaran pada masa kini. Segala kelemahan dan kebaikan sistem tersebut akan dibandingkan. Ini adalah untuk memastikan sistem yang akan dibangunkan dapat memenuhi kehendak pengguna. Kajian mengenai bagaimana penulisan arahan komputer dan hubungannya dengan para pelajar, pendidikan dan kompuert juga dilakukan. Maka, adalah diharapkan Pakej Pembelajaran Tiga Bahasa Bermultimedia ini akan mendapat sambutan yang baik dan memenuhi kehendak pengguna Khususnya para pelajar sekolah rendah
Note
Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2002/2003.
Recommended Citation
Lim, Mooi Yee, "Pakej pembelajaran tiga bahasa bermultimedia / Lim Mooi Yee" (2003). Student Works (2000-2009). 1757.
https://knova.um.edu.my/student_works_2000s/1757