Date of Award
1-1-2003
Thesis Type
undergraduates
Document Type
Thesis
Divisions
fsktm
Department
Faculty of Computer Science & Information Technology
Institution
University of Malaya
Abstract
Sistem Web Puasa ini merupakan satu aplikasi berasaskan web yang akan menyediakan pengguna dengan maklumat puasa dan pengguna boleh mengajukan soalan untuk dijawab oleh sistem. Tujuan sistem ini dibangunkan adalah untuk memberi maklumat kepada khusus dalam bab puasa, untuk menyediakan satu platform pertanyaan yang efektif di antara pengguna dengan sistem dan menerapkan elemen pintar iaitu memberi maklum balas terhadap pertanyaan pengguna. Skop sistem ini akan merangkumi tiga bahagian iaitu modul maklumat, modul soal jawab dan modul pengurusan. Sistem ini adalah khusus berkenaan bab puasa yang bertujuan untuk memberi kefahaman dan ilmu pengetahuan selain daripada menjadi platform pertanyaan yang efektif di mana jawapan yang diberi berdasarkan dalil yang sah dan akan diawasi panel yang pakar dalam bab agama. Sistem ini di sasarkan kepada pengguna yang beragama Islam dan pengguna yang bukan beragama Islam di semua peringkat umur. Metodologi pembangunan sistem yang telah dipilih ialah model air terjun (waterfall model) dengan prototaip. Model ini dipilih kerana mudah untuk difahami, jelas dan mudah untuk digunkan. Selain itu, pengunaan prototaip dapat mengurangkan risiki ketidakpastian keperluan kerana masalah boleh dikesan dan diperbetulkan lebih awal. Antara peralatan dan perisian yang digunkan untuk membangunkan sistem ini ialah teknologi aplikasi web Active Server Pages, bahasa pengaturcaraab ASP, SQL dan HTTML. Microsoft Visual Interdev 6.0, menggunakan pangkalan data Microsoft Access dan pelayan web Personal Web Server (PWS). Melalui kitar hidup pembangunan sistem (System Development Life Cycle), keperluan -keperluan sistem akan dikenalpasti, kemudian diterjemahkan kepada rekabentuk dan seterusnya dibangunkan. Sistem yang akan diimplimenkan ini diharao dapat memberi manfaat dan kebaikan khususnya dalam meningkatkan pemahaman dalam agama Islam khusus tentang puasa.
Note
Academic Exercise (Bachelor’s Degree)- Faculty of Computer Science & Technology, 2002/2003.
Recommended Citation
Mahanoon, Che Mat, "Sistem web puasa / Mahanoon Che Mat" (2003). Student Works (2000-2009). 1740.
https://knova.um.edu.my/student_works_2000s/1740