Date of Award
1-1-2003
Thesis Type
undergraduates
Document Type
Thesis
Divisions
fsktm
Department
Faculty of Computer Science & Information Technology
Institution
University of Malaya
Abstract
Penggunaan komputer dalam pendidikan tidak dapat dinafikan lagi kepentingannya. Kini kegunaan komputer lebih efektif lagi. Penggunaan dalam talian "online" sangat diperlukan pada masa ini. Kemudahan internet juga semakin meluas di negara ini terutama dalam bidang pendidikan. Keadaan pelajar yang semakin ramai turut menghangatkan lagi kegunaan komputer pada masa kini. Bagi memudahkan mereka maka Sistem E-Kuliah berasaskan web ini dibangunkan. Sistem ini akan memberi kemudahan kepada pensyarah dan para pelajar untuk memberi nota dan mendapatkan nota. Sistem ini juga merangkumi proses pendaftaran pensyarah, memasukkan nota ke web, paparan nota, kemudahan tutorial dan soalan peperiksaan. Model air terjun dan prototaip akan digunakan dalam membangunkan sistem ini. Ini bertujuan bagi langkah untuk mengenalpasti masalah yang timbul semasa membangunkan sistem ini nanti. Diharapkan apabila terlaksananya projek ini nanti, ia akan menjadi panduan dan perintis ke arah satu suasana pembelajaran yang lebih baik dan tersusun. la juga boleh menjadi batu loncatan kepada bilik kuliah maya "virtual classroom" yang sedang hangat diperkatakan sekarang. Diharapkan juga halaman ini mampu memberi keselesaan kepada pensyarah dan pelajar serta mampu menghasilkan pembelajaran yang lebih berkesan.
Note
Academic Exercise (Bachelor’s Degree)- Faculty of Computer Science & Information Technology, 2002/2003.
Recommended Citation
Illahazne, Abdul Halim, "Sistem e-kuliah / Illahazne Abdul Halim" (2003). Student Works (2000-2009). 1734.
https://knova.um.edu.my/student_works_2000s/1734