Author

Yussof Nadia

Date of Award

1-1-2003

Thesis Type

undergraduates

Document Type

Thesis

Divisions

fsktm

Department

Faculty of Computer Science & Information Technology

Institution

University of Malaya

Abstract

Kanser servikal merupakan penyakit kedua terbesar yang menyerang wanita di seluruh dunia. Bagi memberi kesedaran betapa bahayanya penyakit ini jika ia menyerang wanita, maka laman web kanser seryikal dibangunkan. Laman web kanser servikal ini berperanan sebagai suatu sumber rujukan maklumat mengenai kanser servikal bagi orang ramai khususnya golongan wanita. Dengan adanya laman web ini, diharapkan akan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan mengenai penyakit tersebut Selain daripada itu, pengguna boleh mendapatkan maklumat berkaitan simptom, rawatan atau diagnosis dengan mudah dan cewt. Laman web ini juga menyediakan senarai organisasi dan pusat-pusat perubatan yang terdapat di Malaysia yang boleh membantu secara tidak langsung. Pengguna juga boleh mengetahui statistik pengidap dan statistik kematian akibat kanser servikal di Malaysia. Secara ringkasnya, ciri-ciri yang terdapat pada laman web ini adalah mesra pengguna, penyampaian maklumat secara interaktif dengan sokongan multimedia dan pengguna dapat melayarinya dengan selesa. Kesimpulannya, laman web kanser servikal ini akan berupaya menyediakan satu sumber pengetahuan dan pendidikan kepada orang awam umumnya pengguna internet di Malaysia di samping memberi kesedaran betapa bahayanya penyakit ini kepada wanita.

Note

Academic Exercise (Bachelor’s degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2002/2003.

Share

COinS