Date of Award
1-1-2003
Thesis Type
undergraduates
Document Type
Thesis
Divisions
fsktm
Department
Faculty of Computer Science & Information Technology
Institution
University of Malaya
Abstract
Projek ini dibangunkan dengan berlandaskan kepada pengkajian terhadap Sistem Manual Permohonan Cuti di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM), Universiti Malaya. Hasil dari kajian yang dijalankan, sistem yang diimplementasikan selama ini di FSKTM didapati tidak efisien terutamanya di dalam pengurusan dokumen. Justeru itu pengkajian yang lebih mendalam telah dilakukan untuk memenuhi dan menentukan keperluan bagi Sistem Permohonan cuti di FSKTM. Pada akhir laporan ini dapatlah dilihat bahawa dengan mengkomputerisasikan sistem ini, segala proses yang berkaitan dapat dilaksanakan dengan pantas dan bersistematik. Sistem Permohonan cuti yang dicadangkan di dalam projek ini adalah berdasarkan kepada aplikasi web. Tanya dicipta untuk memastikan teknologi terkini dapat diimplementasikan dengan sistem semasa di FSKTM. Kajian kejuruteraan keperluan telah dilakukan untuk memilih perkakasan dan perisian yang sesuai digunakan untuk sistem cadangan ini. Selain itu, cadangan perubahan. masalah yang dihadapi, dan rekabentuk sistem juga dilakukan untuk memastikan sistem ini benar-benar dapat memberi manfaat khususnya kepada kakitangan FSKTM dan amnya Universiti Malaya.
Note
Academic Exercise (Bachelor�s degree) � Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2003/2004.
Recommended Citation
Muhammad Hanif, Othman, "Sistem permohonan cuti melalui web (SPCMW) kakitangan Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat / Muhammad Hanif Othman" (2003). Student Works (2000-2009). 1706.
https://knova.um.edu.my/student_works_2000s/1706