Date of Award

1-1-2003

Thesis Type

undergraduates

Document Type

Thesis

Divisions

fsktm

Department

Faculty of Computer Science & Information Technology

Institution

University of Malaya

Abstract

Sistem Perkhidmatan Pelajar Perdana Siswa (Perkhidmatan Penempahan Kompleks) merupakan satu sistem perkhidmatan pelajar yang bersepadu, terpusat dan secara berkomputer bagi menggantikan sistem lama yang menggunakan kaedah manual, bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan. Juga sebuah sistem yang diharap dapat berinteraksi dengan sistem yang lain yang sedia ada. Proses permohonan penempahan ruang kompleks perdanasiswa yang dilakukan secara 'on-line' bukan sahaja dapat menjimatkan masa, malah ianya dapat berfungsi dengan lebih cekap dan efisien berbanding dengan sistem manual yang sedia ada. Capaian ke atas sistem juga dapat dibuat dari mana-mana lokasi dan ini akan memudahkan pemohon dan pengesah permohonan. Selain membuat tempahan, sistem ini membantu pengurusan dan pentadbiran Unit Penempahan Kompleks HEP untuk menguruskan segala data tentang maklumat pelajar, maklumat penempahan yang lazimnya memerlukan pengurusan yang teliti serta cekap. Dengan pembangunan sistem ini, diharap ia mampu mengatasi masalah yang dihadapi oleh sistem tempahann manual yang sedia ada dan akan mencerminkan sebuah organisasi yang berteraskan teknologi berasaskan komputer.

Note

Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2002/2003.

Share

COinS