Date of Award
1-1-2003
Thesis Type
undergraduates
Document Type
Thesis
Divisions
fsktm
Department
Faculty of Computer Science & Information Technology
Institution
University of Malaya
Abstract
Sistem Pakar Diet dan Nutrisi ini adalah sebuah sistem yang unik dimana ia berkeupayaan memberi bantuan kepada pengguna mendapatkan ukuran berkenaan lndek Jisim Badan (BMI) iaitu pengguna diminta masukkan berat badan dalam kilogram dan ketinggian dalam meter. Seterusnya sistem akan membantu pengguna mengira BMI samada pengguna adalah sepadan diantara ketinggian dan berat badan. Satu lagi kelebihan sistem ini ialah membantu pengguna mengira kalori dalam badan berdasarkan berat badan dan jauh larian dalam suatu tempoh masa yang tertentu.Ia dinamakan pakar kerana mempunyai kedua -dua fungsi tersebut . Sistem ini agak rumit dalam fasa pembangunannya terutamananya dalam menentukan algoritma untuk pengiraan BMI, pengiraan kalori dan ruangan forum kerana ianya melibatkan pembangunan pangkalan data dan beberapa aspek yang perlu dipertimbangkan bagi memperolehi satu padanan yang bukan sahaja mempunyai darjah kepercayaan yang tinggi tetapi memenuhi kehendak semua pihak. Pada keseluruhannya , sistem yang dibina adalah mengikut perancangan. Ia merangkumi kajian literasi berkaitan sistem yang sedia ada, metodologi pembangunan sistem dan perancangan bagi setiap fasa untuk memastikan kejayaan sistem tersebut.Fasa terakhir adalah pengujian dan penyelenggaraan juga dilaksanakan bagi memastikan keberkesanan sistem
Note
Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2002/2003.
Recommended Citation
Nurul Huda, Muhamad, "Sistem Pakar Diet & Nutrisi / Nurul Huda Muhamad" (2003). Student Works (2000-2009). 1694.
https://knova.um.edu.my/student_works_2000s/1694