Date of Award
1-1-2003
Thesis Type
undergraduates
Document Type
Thesis
Divisions
fsktm
Department
Faculty of Computer Science & Information Technology
Institution
University of Malaya
Abstract
Pakej Pembelajaran Matematik Tahap Rendah akan dibina bagi keperluan pelajar sekolah rendah iaitu khusus untuk pelajar Tahun 1 hingga Tahun 3. Pakej ini akan meliputi topik matematik mengikut sukatan pelajaran pelajar Tahun 1 hingga Tahun 3 . iaitu topik Nombor Bulat yang melibatkan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Pakej ini menggunakan perisian Macromedia Director 8.5 sepenuhnya untuk pembangunan di samping beberapa lagi perisian lain bagi mejadikannya lebih efektif. Metodologi yang digunakan adalah Model Pembangunan Air Terjun dengan Prototaip yang menyediakan prosedur yang dapat membantu pembangun yang tidak berpengalaman dalam pembangunan sistem. Pakej ini akan dibina berdasarkan elemen-elemen projek sekolah bestari di mana pakej ini akan cuba membentuk kemahiran pelajar terhadap menyelesaikan masalah secara kreatif. Pelajar akan cuba belajar memanipulasikan maklumat yang mereka dapat Selain itu, pakej ini cuba mendedahkan pelajar-pelajar kepada satu persekitaran berteknologi. Daripada ini, pelajar akan cuba belajar berdikari sendiri berbekalkan teknologi baru. Walaupun begitu, peranan guru terutamanya dan juga ibu bapa penting bagi memastikan pencapaian pelajar. Pakej ini juga akan memastikan ciri-ciri interaktif dan juga mesra pengguna sejajar dengan matlamatnya untuk memudahkan pelajar serta menjanjikan persekitaran pembelajaran yang berbeza daripada pembelajaran di dalam kelas.
Note
Academic Exercise (Bachelor’s degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2002/2003.
Recommended Citation
Shidatul Emma, Hasan, "Pakej pembelajaran matematik tahap rendah (Tahun 1-3) / Shidatul Emma Hasan" (2003). Student Works (2000-2009). 1693.
https://knova.um.edu.my/student_works_2000s/1693