Date of Award

1-1-2000

Thesis Type

Masters

Document Type

Thesis

Divisions

Faculty of Languages and Linguistics

Department

-

Institution

Universiti Malaya

Abstract

Kajian ini mengandungi lima bab yang cuba membincang dan menyelidiki tentang pemahaman dan penghayatan Nusus Adabiyyat di kalangan pelajar-pelajar sekolah agama Kelantan. Dalam bab pertama penulisan ini akan dibicarakan tentang rasional kajian ini khususnya yang berkaitan dengan kurangnya minat para pelajar terhadap mata pelajaran ini sekarang ini, sedangkan pada masa yang sama mereka meminati untuk mempelajari bahasa Arab. Faktor inilah yang mendorong penulis kepada objektif atau matlamat penulisan kajian ini. Penulisan kajian ini penting bagi menilai sejauh manakah tahap kefasihan, kefahaman dan penghayatan mereka. Penulisan dan kajian berkaitan dengan konsep pemahaman dan penghayatan Nusus akan dibincang dan ditinjau juga dalam bab ini. Bab kedua penulisan ini juga membicarakan tentang sejarah pendidikan Nusus Adabiyyat di Yayasan Islam Kelantan (YIK) dengan menceritakan secara ringkas mengenai penubuhan YIK itu sendiri dan juga perkembangannya sehingga ke tahap yang membanggakan kini dari setiap sudut, samaada kurikulumnya, bilangan pelajarnya, sukatan yang digunakan dan penglibatan dalam kokurikulumnya. Kurikulum YIK secara keseluruhannya juga turut dibincangkan. Begitu juga mengenai sejarah YIK juga dibincangkan samada melalui temu bual dengan orang perseorangan maupun pihak pentadbiran ataupun guru-guru yang telah bersara yang pernah menggunakan dan berpandukan sukatan pelajaran Majlis Aguma Islam Kelantan (MAIK). Jenis-jenis Nusus Adabiyyat yang terdapat di YIK juga dititikberatkan dalam penulisan ini. Beberapa takrifan yang berkaitan dengan mata pelajaran ini juga dijelaskan dengan baik, begitu juga dengan tajuk-tajuknya yang diwajibkan ke atas para pelajar turut dikemukakan. Pemahaman dan penghayatan Nusus Adabiyyat dibincangkan dengan panjang lebar dalam bab ketiga ini. Penulisan dalam bab ini menerangkan tentang sukatan bagi tajuk-tajuk nusus, disiplin kajian mata pelajaran ini dan aspek-asepek yang perlu dikaji bagi Nusus Adabiyyat. Kajian dijalankan dengan penuh teliti. Dalam bab ini juga dikemukakan satu teks kajian, iaitu teks contoh untuk kajian tentang pemahaman dan penghayatan Nusus Adabiyyat ini dan bagi mata. Dalam bab ini juga dikemukakan satu teks kajian, iaitu teks contoh untuk kajian tentang pcmahaman dan penghayatan Nusus Adabiyyat ini dan bagi mata pelajaran yang lain juga. Dalam bab ini juga dinyatakan tentang faktor-faktor kelemahan para pelajar memahami dan menghayati Nusus Adabiyyat, dan juga faklor-faktor lain yang membawa kepada kelemahan-kelemahan tersebut. Setelah data dipungut dan dikumpulkan, maka analisis dijalankan. Analisis data ini diletakkan dalam bab keempat disertasi ini. Dalam bab ini dapatlah bagaimanakah pandangan pelajar terhadap bahasa Arab secara amnya dan Nusus Adabiyyat secara khususnya. Begitu juga tahap pemahaman mereka samaada dalam bahasa Arab ataupun Nusus Adabiyyat. Tarikan terhadap teknik pengajaran guru juga dibincangkan, samaada dari segi gaya dan persembahan, penggunaan alat bantu mcngajar (ABM ) yang scsuai dan lain-lain lagi. Pandangan dan pendapat para pelajar juga diambil kira tenlang pengajaran guru. Pandangan dan pendapat itu dianalisis dari sudut keperluannya bagi memahami dan menghayati Nusus Adabiyyat. Sukatan pelajaran ini adalah tidak sesuai, itu sesetengah pendapat para pelajar apabila kita menganalisis borang soal selidik yang mereka penuhi. Dalam bab ini penulisan tentang cadangan dan pengesyoran bagi mempertingkatkan pemahaman dan penghayatan para pelajar serta dinyatakan juga tentang teknik dan kaedah pengajaran mata pelajaran yang berjalan sekarang dan juga kaedah yang dicadangkan dalam pengajaran mereka sckarang ini. Bab terakhir ialah bab yang kelima, iaitu yang membicarakan tentang rumusan dan cadangan daripada penulis. Penulis telah mengemukakan beberapa cadangan baik kepada tenaga pclajar ataupun kepada pihak pentadbiran YIK dan Kementerian Pendidikan. Cadangan itu penting bagi mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dan menjayakannya di kalangan para pelajar khususnya bagi memahami dan menghayati mata pelajaran Nusus Adabiyyat.

Initial

snms

Additional Information

Dissertation (M.A) -- Faculty of Languages and Linguistics, Universiti Malaya, 2000

Share

COinS