Date of Award
1-1-2000
Thesis Type
Masters
Document Type
Thesis
Divisions
Faculty of Arts and Social Sciences
Department
-
Institution
Universiti Malaya
Abstract
Islam dalam peradaban Melayu telah merubah paksi kehidupan Melayu dengan ciri-ciri rasionalisme, intelektualisme, keadilan dan kemuliaan keperibadian insan. Alam Melayu pemah menjadi rantau perkembangan ilmiah yang menghasilkan koleksi tulisan dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan yang mengagumkan, khususnya dalam kesenian Islam. Perkembangan ilmiah di rantau ini bukanlah berlaku secara terasing clan terpencil daripada tamadun sebelumnya, bahkan tamadun Melayu adalah warisan kesinambungan tamadun Islam yang muncul sejak kelahiran Islam pada abad ke-7 M lagi. Perkembangan ilmiah di Malaysia berhubung rapat dengan kedatangan Islam ke Alam Melayu dan galakan Islam terhadap ilmu pengetahuan secara wnwnnya. Bahasa Melayu dengan tulisan jawinya telah berjaya merakamkan khazanah ilmu yang lengkap mengenai pelbagai bidang hidup. Khazanah ini sebahagiannya dimanifestasikan dalam kesenian kaligrafi Islam dan terus membuktikan keupayaannya daJam suatu kesinambungan yang ku.kuh sebagai media ibadat seseorang Muslim. Dalam kajian ini, penulis cuba memberi gambaran umum tentang mercu tanda perkembangan kesenian kaligrafi Islam yang telah mencetuskan sebuah tamadun Melayu Islam di Malaysia. Tinggalan sejarah telah membuktikan bagaimana kesenian kaligrafi dalam warisan peribumi itu disesuai dan diberikan jiwa (Islam melalui penggunaan motif-motif flora dan geometri bagi melambangkan perjalanan menuju kepada Tuhan dan mengajak kepatuhan dan kebaktian kepada Allah s. w. t. Penulis cuba menyenaraikan karya-karya hasil daripada manifestasi seni kaligrafi Islam, yang menjadi batu tanda perkembangan ilmu seni tulisan di kalangan masyarakat Melayu, dalam usaha mendokurnentasi warisan bangsa agar menjadi lanjutan kepada generasi yang akan datang. Daripada gambaran yang ringkas itu, dapatlah disimpulkan bahawa Islam telah membina tamadun Melayu yang kini mewadahkan kesenian kaligrafi Islam sebagai salah satu ciri kebudayaan Malaysia yang bercorak ilmiah dan akliah. Kepada Allah s.w.t jualah penulis berserah dan daripada-Nya dipohon semoga usaha kecil ini tetap diberkati-Nya.
Additional Information
Dissertation (M.A) -- Faculty of Arts and Social Sciences, Universiti Malaya, 2001
Recommended Citation
Che Husain, Faridah, "Seni kaligrafi Islam di Malaysia sebagai pencetus tamadun Melayu Islam" (2000). Student Works (2000-2009). 14.
https://knova.um.edu.my/student_works_2000s/14
Creative Commons License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-No Derivative Works 4.0 International License.
Included in
Art and Design Commons, Cultural History Commons, History of Art, Architecture, and Archaeology Commons
Initial
snms