Date of Award

9-1-2002

Thesis Type

undergraduates

Document Type

Thesis

Divisions

fsktm

Department

Faculty of Computer Science & Information Technology

Institution

Universiti Malaya

Abstract

Sebagai salah satu usaha untuk mempertingkatkan kecekapan dan menaikkan taraf pembelajaran pelajar, Universiti Malaya telah banyak melakukan perubahan dalam corak operasinya. Perubahan paling ketara yang dapat di lihat adalah dalam penggunaan system perkomputeran dalam sebahagian besar operasinya. Pembaharuan lain yang tidak kurang pentingnya adalah pengenalan sistem laman web di pusat-pusat komputer seperti di bahagian Pusat Pembangunan Multimedia dan Perpustakaan Universiti Malaya. la bukan sahaja dapat melicinkan lagi tugas-tugas mereka tetapi juga dapat mcmpertingkatkan mutu perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelajar/pelawat. Di peringkat Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM) sendiri, selain daripada sistem pembelajaran kursus secara dalam talian yang telah 2 tahun dijalankan, pihak Fakulti juga giat melaksanakan program-program khas seperti projek e-Fakulti untuk menjadikan pembelajaran Fakulti ini 'elektronik' sepenuhnya. e-Fakulti, disertai oleh pelbagai projek lain yang melibatkan pembangunan sistem dan projek multimedia untuk kegunaan akademik, dibangunkan dengan kerjasama pelajar Tahap Akhir melalui projek Latihan Ilmiah menjadi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda bagi pelajar-pelajar Sains Komputer dan Teknologi Maklumat. Schagai mcmenuhi aspirasi itu, Laman Web Pengaturcaraan atau singkatannya LWP dibangunkan bagi projek Latihan llmiah ini sebagai salah satu sistem web bagi kegunaan para pelajar FSKTM.

Note

Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, Universiti Malaya, 2001/2002.

Share

COinS