Date of Award

1-1-2002

Thesis Type

undergraduates

Document Type

Thesis

Divisions

fsktm

Department

Faculty of Computer Science & Information Technology

Institution

University of Malaya

Abstract

Dalam menghadapi cabaran era sains dan teknologi pada alaf ini, teknologi maklumat menjadi tunjang utama dalam informasi terhadap setiap golongan masyarakat. Dengan berkembangnya teknologi maklumat di negara ini, seharusnya pihak yang bertanggungjawab mengambil inisiatif untuk meningkatkan lagi tahap celik IT di kalangan masyarakat. Bagi merealisasikan hasrat tersebut, pendekatan yang terbaik diperlukan dan seharusnya dilakukan bermula dari sekarang. Jesteru itu sebagai menyahut saranan dalam pembangunan teknologi maklumat ini, kita semestinya menerima cabaran tersebut dengan menggunakan semaksimum yang mungkin teknologi maklumat yang ada. Keperluan terhadap maklumat yang berkaitan dengan pelancongan inilah yang menyebabkan peta interaktif ini dibangunkan. Pembangunan peta interaktif ini akan menggunakan perisian Macromedia Flash 5 dan hasilnya akan digunakan dalam Personal Digital Assistant. Apabila siap kelak, ia boleh digunakan oleh sesiapa sahaja yang berminat untuk melancong di Malaysia. Sistem yang akan dibangunkan ini diharap dapat mengurangkan segala kelemahan yang terdapat dalam sistem manual selama ini. Semoga ianya dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan menjadi perintis dalam membangunkan pelbagai aplikasi yang lain.

Note

Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2002.

Share

COinS