Date of Award

1-1-2002

Thesis Type

undergraduates

Document Type

Thesis

Divisions

fsktm

Department

Faculty of Computer Science & Information Technology

Institution

University of Malaya

Abstract

Latihan ilmiah merupakan satu kursus wajib bagi pelajar tahun akhir untuk memenuhi keperluan Sarjana Muda Sains Komputer di Universiti Malaya. Melalui kursus ini, pelajar perlu membuat satu projek di mana pelajar dapat mengaplikasikan apa yang telah dipelajari selama ini. Projek yang dibangunkan ini merupakan sebuah sistem yang dikenali sebagai Sistem Kawalan Vending Machine. Sistem Kawalan Vending Machine adalah satu simulasi mengenai Vending Machine. Merupakan sebuah sistem yang menyerupai peralatan mesin dan beroperasi menggunakan butang-butang kawalan. Sistem ini berfungsi untuk merekodkan maklumat minuman dan jumlah wang yang ada dan membuat pengemaskinian. Sistem ini juga memberi kemudahan kepada pengguna untuk menggunakan perkhidmatan Vending Machine. Sistem dilaksanakan di dalam persekitaran Windows 98. Perisian yang digunakan untuk membangunkan sistem ini ialah Visual Basic 6.0 sebagai antaramuka pengguna dan Microsoft Access 2000 sebagai pangkalan data. Perisian ini dipilih kerana ia mempunyai ciri-ciri menarik dan mempunyai beberapa kemudahan yang dapat membantu proses pembangunan sistem.

Note

Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2001/2002.

Share

COinS